23 July 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK



Assalamualaikum…

Ya, sedar x sedar, celik xcelik, letih penat keluh kesah, akhirnya Ramadhan pun tiba jua..ketika atie menulis post ni, sebenarnya kita sedang menyambut 2 Ramadhan. Atie yakin & pasti, kalau kelmarin ramai yang muka pucat lesi dek kerana hari pertama puasa, maka hari ini mesti rmai yg dh sdikit hepi kerana msih mampu menahan diri dari makan dan minum..walaupun asa perut b’bunyi dh mcm AJL dh pun prut atie nih, atie wat dun know je..lantak engkaulah perut, slagi abg bilal x azan maghrib,ko jgn hrp nk mkn..hahahaha(gelak besar).

Haa..bulan Ramadhan ni kan, dh mcm bulan hadiah taw bg kita. Sebab Allah dh gandakan segala amalan kita di bulan ini. Jadi, marilah sama2 kita meng’imarah’kan Ramadhan, memeriahkan Ramadhan kita dengan ibadah2 sunat.

Kalau sebelum ini terawih, 10 hari terakhir je baru nampak selipar comel anda di tangga masjid, kali ini, sedari awal Ramadhan lagi, sebatang tubuh kita dah ada kat dalam masjid.

Kalau sebelum ini, x pernah pun, or sekali sekala wat solat sunat dhuha, kali ini kita amalkan solat sunat ni setiap hari sepanjang Ramadhan.

Kalau sebelum ini kita baca Al-Quran separuh muka surat je, kali ini kita gndakan bagi jadi 1muka surat setiap kali slps solat. Kalau sebelum ini 1 m/s, kita bg jadi 2m/s,& kalau boleh bagi jadi 5m/s pun ok…

Haaa…ini baru nama nya bulan Ramadhan, Bulan Tarbiyah. Kita nak tarbiyah, nk ajar diri kita (nk ajar dri atie yang selalu degil nih) utk berubah ke arah yang lebih baik. Sebenarnya, atie ni macam kowang gak, xpun lagi teruk dari kowg sebenarnya. Sebab tu time Ramadhan kali ni, atie sebolehnya nak amalkan ibadah2 sunat yang dinyatakan tadi.

Atie taw, atie mungkin x mampu nak khatam Al-Quran utk sebulah di bulan mulia ini, tapi atie tetapkan matlamat atie. Supaya lepas ni, atie masih terus istiqamah dengan bacaan Al-Quran setiap kali selepas solat. Atie xnak, atie pulun sungguh2 utk khatam, then lps Ramadhan je, 11bulan lagi atie x baca Quran…tak maw 3x!!!

Jadi, sempena bulan Ramadhan ini, kita bukan sahaja menahan diri dari lapar & dahaga, kita juga menahan diri dari mengutarakan perkataan2 yg kurang elok. Istaqamah dengan amalan2 sunat. Semoga Ramadhan kita kali ini diberkati oleh Allah, serta segala amalan kita,diterima oleh Allah sebagai bekalan akhirat. Jadikan Ramadhan ini bulan persiapan, bulan orientasi utk 11 bulan yang akan datang..InsyaAllah..





Selamat menjalani ibadah puasa, Selamat Menyambut Ramadhan yang Diberkati…posa, jangan xposa taw !!! :P

KEM ORGANISASI ZA’BA



 Assalamualaikum…kali ni atie nak citer pasal kem yg bru je b’jaya menggelapkan @ mem ‘burn’ kan muka atie yg kian nk putih nih. (putih keeerrr??)

Kem ni dijalankan di Kem Ayer Hitam, Batu Kurau, Perak.  Perjalanan ke kem ni memakan masa selama hamper 4 jam dari Tanjung Malim, Perak. Kalau sesiape yg ade kt kwsan Selangor, sila tmbah masa mengikut kesesuaian ye..

Kem ni t’sgt lah daebak sbb ada air terjun yg t’sangatlah sejuk..grrrrr, menggigil atie. Malam pertama (jgn salah pham ye), kami ada kan bacaan Yassin sempena malam nisfu Sya’aban. Selepas tu, kami da slot bersama penolong pengurus asrama a.k.a warden blok atie iaitu Blok B.

Then, kami da aktiviti yg lebih kpd game. Aktiviti b’sma p.cik2 fasilitator (sedikit aneh mnyebutnya coz sll pggil abg fesi kan??) tu, sngtlah best. Lagi best sbb kitowg xmcm kem yg len, bab dera mndera mmg TAK DE POOOONNNNN!!!! *tu lah keunikan UPSI sbnrnya taw*

Then, kitowg tido. Haha..tido kejap je. Kumpulan atie kena sentry (teringt men polis sentry zman muda mudi dlu), pkul 2-3 pagi. Mak aih, sjuk taw dak!!! Dah la sjuk, ngntok pulak tu. Asal duduk ats krusi je atie tido. Asal duduk je tido. Asal tido je duduk. Ciap nk t’jatuh krusi lagi taw.

*wt malu je..mujur mak mertua n rombongan dia xlalu dpn atie time tu. Kompem direject.. T_________T *

Hari ke-2… Flying fox n orientaring.. flying fox penah wt dah (dgn pnuh b’lagaknya).. tu pun, mnjerit srupa perempuan je bila nk trun. (mujur mnjerit mcm perempuan. Kalau mnjerit mcm lelaki??). then lps flying fox, kitaorg rhat jap sblm orientaring. Nak tw x, sblm wt orientaring, kpla atie skit sgt. Asanya sbb migraine kot. Then dowg bg panadol 2 BIJI !! lps tu, g orientaring.

Nak dijadikan crita, abis orientaring, MAKAN DURIAN … Hmm, bru sejam yg lalu telan panadol. Tu pun, sbb dh ngidam sgt2,atie mkn je la 2ulas durian yg plg kecik. Malam tu, hah, bru xberape betol. Kepala ok, kaki lak jalan melelong. Adoi…padah mkn durian ngn panadol. Sila amik nasihat ini ye, Jangan Makan Durian Selepas Telan Panadol (pesanan dr penaja).

Then sebelah malamnya, ade night walk. Ciap kena denda rendam dlm air longkang pnuh dgn selut. (#@^*&%%%*$ - ni bukan mncarut..ni sedang mnterjemah perasaan loya + ketaksanggupan bersila dalam longkang tu beramai2). Akhirnya, ak tido jam 3.30 pgi.

Hari ke-3. Senamrobik. Aktif betol m.cik tu exercise. Mmg hebat giler stamina dy. Then Explorace. Petangnya, game Helang+anak ayam, dengan men tarik tangan (mcm2 game btol lah).t’sangatlah best!! Sbelah malam, bacaan Yassin wt ibu Zhafran Zaid yg tlh kembali ke rahmatullah… Al-Fatihah..kemudian diteruskan dgn beberapa game spontan yg mmg m’buatkan kmi. Penat gelak, penat lari, penat cri brg pun ada. -__-'

Hari terakhir, senamrobik, runtuhkan khemah, serta mandi air terjun!!! (haha…mmg air n atie xdapat dipisahkan). Then,blik lah…!!haha…adoi…nek bas, atie tdo cket mcm tugu tw. Dh la tido bersila. Dari Batu Kurau smpai R&R Tapah. Haha…. *dalam hati lega sebab xsempat wt peta time tido*

Memandangkan, BB kesyangan rosak sebelum nak g kem, maka....TAK ADE GAMMMMMMMMBAAAAAARRRRR !!!! *penuh dengan rasa kecewa di dlm jwa...grrrrr...*
Mujur ade facebook.....tima kasih facebook...so...tan taraaaaaa.....

gambar tajaan Unit Media Kolej Za'Ba 

my group






TAHNIAH!!!


Assalamualaikum…

            Atie yakin & pasti ramai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sudah mndapat result bg final exam yang lalu. Bagi atie yg berada di Kem Ayer Hitam bersama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK), AJK Blok serta Rakan Exco-Rakan Exco yg lain, result kami sedikit lewat.
           
Alhamdulillah…result sudah pun diketahui. Memang teruk sgt semester yang lalu & memang result atie menurun dengan begitu banyaknya. PNGS 3.68. PNGK 3.80.  Sejujurnya, atie sedikit sedih. Dengan kesihatan yang kurang memberansangkan, dengan aktiviti yang banyak, dengan asingment yang tunggang langgang, Allah je tahu. Syukur atie ada housemate yang sekelas dengan atie, Tasya yang banyak sangat2 bersabar dengan kerenah atie. Rasa kesian sangat kt dia sebab kena marah je ngn atie.
           
Bagi atie, Alhamdulillah sebab Allah bg atie result yang sedemikian. Jikalau nk diikutkan, atie rasa atie mgkin xlayak result sebegini. Usaha atie sangatlah xseberapa. Tapi Allah masih nk bg result yg elok utk atie. Atie sepatutnya lebih bersyukur, lebih berterima kasih kat Allah. Kerana Allah masih menyayangi atie. Tanpa atie sedari, result ini sebenarnya membuatkan atie lebih bersemangat untuk meneruskan semester 3 atie.
           
Semester 3 nanti atie akan lebih terikat dengan jawatan iaitu Exco PDI Kelab Fasilitator Bitara, Exco Akademik Blok B serta ahli Fasilitator Za’ba.

Semester 3 nanti juga atie akan mula belajar subjek2 minor. (atie amik minor matematik). Antara subjek minor yang bkal dipelajari semester hadapan, Linear Algebra & Beginning Calculus. Jadi sesiapa yg sudi menderma nota atau menjadi tutor xbertauliah atie, boleh hubungi atie ye. Kalau tutor tanpa bayaran, lagi bagus. Lagi dapat pahala kan? (pndai la ko atie)
           
Tambah dengan masuk KELANA SISWA nya lagi, atie rasa mcm jd apam je sem depan. Lembik, lunyai habih. Atie penah ingat seorg snior atie, (xpasti lak lelaki ke perempuan…hehehe), dia da gitau atie.

Sebagai seorang muslim, atie kena pandai bahagikan masa antara t/jawab sebgai pelajar, t/jawab sebagai seorang pemimpin (memegang jawatan), serta t/jwab sebagai Hamba Allah.

atie with tasnim ^_^

dari kiri:
tasya, lina, ezny, iza, kak rina, atie (xsenonoh betol... -__-' )


ezny, please deh...


Sebelum atie lupa, atie nak ucap tahniah pada blogger2 ni yang atie rasa saNGAT hebat, sangat daebak la!! Antara blogger terkenal yang atie kagumi kak YUYU ZULAIKHA..

blogger ini sangatlah cumil !! & atie sangatlah kagum ngn kak YUYU yang dpt bahagikan masa antra menulis blog, menjadi pelajar, memegang tanggungjawab dalam persatuan, serta meluangkan masa menghadiri semua function NUffnang & ChurpChurp. Atie pun nak tips la dari kak YUYU bagaimana beliau membahagikan diri kepada beberapa bahagian dalam memberi komitmen terhadap sume2 ni. KAK YUYU, NAK TIPS BOLEH?????

*kalau kowg nk taw, kak YUYU ni kan bukan je blogger cumil lg daebak, tp b’jya kekalkan DEKAN each semester…sangat2 daebak kan??!!*
kak yuyu...atie pinjam gambar ni...harap jgn marah atie ye..

Kedua, sekalung tahniah wat blogger ZHAFRAN ZAID atas result yang sangat daebak lah.. 3.89 kan dear?? Tahniah sangat2..dia ni antra orang yang atie sangat kagum lah. Beliau sangatlah busy dengan program2 bersama pelajar2 sekolah memandang beliau mengambil program Bimbingan & Kauseling. Tambahan pulak, baru2 ini dilatantik sebagai Exco Akademik JMK Za’ba, serta TYDP Kasih ( persatuan Bimbingan & kauseling)…

Hmm, Atie pun kurang pasti bagaimana lah dia uruskan jadual dia, masa dia sehingga memdapat result yg hebak la sem 2 ni..lepas ni nk korek2 rahsia dr dia lah..dia ni antra kawan yg rapat ngn atie. Kalau atie sakit, dy antra yg kuat bebel suh atie makan ubat.
*time dy sakit, pndai pulak mengelak…xpham betol*
zhaf pun atie pinjam gmbar gak eh...hehe

Kalau nk diikutkan, ramai lagi blogger atie nk add dlm ni…n kalau mampu atie mmg nk post bg stiap kwn atie t’lekat nama n ucapan tahniah dr atie secara ekslusif (cewaaaahhhh!! ) dalam setiap post. Tapi agak mustahillah… so kali ini, atie tetapkan atie nk congrats pada blogger yg atie kagum dengan ketabahan, kesabaran mereka dalam menghadapi semester yang lalu.