20 October 2012

program bersama adik2 kesayangan, SLISS!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera….ye, anda bersama dengan saya lagi, Atieyy Minho dalam slot “blog bersama atieyyminho!!!”…nmpak x keriangan terjelas lagi terzahir di situ??aha…mcm biasa there’s always a story to be tell..


Pada suatu hari..(eh2…) x, pada 12 hingga 14 oktober yang lau, pihak Kolej Za’ba menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima or SLISS…adik2 yang datang ni merupakan pelajar tingkatan 2 yang akan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun lagi seminggu lagi…kiranya mcm program motivasi la…

mcm sebelum2 ini atie terangkan, Fasilitator Za’ba lebih menekankan aktiviti daripada ceramah kerana dengan beraktiviti, bermain, adik2 (bukan adik2 je, fasi2 sekali), dapat melepaskan tekanan normal yang dihadapi menjelang peperiksaan.. jika sebelum2 ni atie jarang dapat peluang untuk menjadi fasi sepenuh masa untuk kumpulan tertentu, meant jarang dapat involve penuh dalam program, utk kali ini, atie mendapat peluang tersebut…

Nak dijadikan cerita, kalau dok ramai2 dengan adik2 ni, bleh buat pertandingan “mencari di mana atie”, ahah!!! Memang pun…ade kawan atie xkenal atie time atie dok ngn adik2 ni??taw la atie sama besar dengan diorang pun….(TIPU !!!!!)…yela2, tw la diorang lagi besar dari atie pun…saya still kakak tw!!

Tapi xpe, adik2 ni baik….sangat baik..semuanya muka bersih je…haaa, ni la hikmah orang yang selalu bersolat…muka dy pun nmpak bersih kerana wuduknya…geram tw tengok diorang…

Actually kan, rumah atie amik 2 orang adik angkat. sorang atie punya, sorang lg, kak rina punya adik..tapi, rasenye tiap malam, mcm amik 5 orang je adik angkat??? Sebabnya, ramai yang berkumpul kt ruang tamu tu,bertukar2 cerita, mengadu betapa tensionnya nak exam, betapa sejuknya tanjung malim yg dh macam Cameron highland ni (korang jeleskan??), ciap bukak kaunter pertanyaan lagi…segala macam soklan di tanya…sampai soklan cepumas “akak ade pakwe??”pon ditanya…amboi, boleh jadi wartawan korang ni…Atie pulak cerite kisah2 zaman sekolah dulu…ala2 nakal macam diorang jugak, tapi bertambah nakal kot..ciap excident motor lagi…ganas kan??haaa…jgn disangka air tenang tiada buaya…(motif peribahasa???)

bersama ngn adik angkat atie & adik angkat kak rina

 Seriuosly, sebak sebenarnya mengenang adik2 yang dah pulang ke SLISS…walaupun SLISS ngn Tanjung malim bukanlah sejauh Australia dengan Vietnam, tapi mgkin masa utk mengunjungi adik2 masih belum menjelma,..insyaAllah,jika diizinkan Allah untuk kami bertemu, bersapa semula, & mgkin pada waktu itu mereka sudah tingkatan 5 barangkali, mereka tetap adik kami, adik2 fasi za’ba..

Seterusnya, tanpa memanjangkan lagi membosankan post ini, laporan sepanjang PROGRAM BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 2 SMK AGAMA SIMPANG LIMA (SLISS).

Pada malam pertama, kami sekadar melakukan ice breaking bersama adik2…a’ah…”sume buang kasut sebelah kanan!!” suara Zhafran berkumandang..lalu, fasi2 yg nakal lg bijaksana ni, tukar2 je kasut adik2 ni..ade yg curik lagi..demi mndapat semula kasut yg dicuri, adik2 ni pun rela melakukan ape sahaja. Termasut lah menari tarian teko, bernasyid, bersyair dan sebgainya…(bila lg nk kuarkn bkat terpendam ye x??)


Pada hari kedua, hari kami dimulakan dengan senamrobik…eh eh…dengan memegang moto bdn cergas, otak cerdas, maka saya memperkenalkan instructor senamrobik…abg AZHAR BUHARI !! juga merangkap pelajar ISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak…a’ah…sebab tu muka dia sweet2 je, sbb bkal cikgu kepada budak2 yg sweet2 jugak!!




Lepas tu, dengar2 citer nye, fasi ni byk wt LDK…atie tiada di tempat kejadian berikutan kelas kokurikulum Kelana Siswa yg perlu dihadiri bg memenuhi jam kredit, serta menyumbatkn ilmu di dada untuk diturunkan kepada anak murid kelak..biarpun org kte, eleh, kelana siswa je poooooonnnnnnnn…

bg atie, Cuba kau bayangkan, kau tersesat dalam hutan, ade kompas tapi xreti guna, ade tali tapi xtau nak buat kerusi untuk duduk ke, pondok untuk berteduh ke, ade pisau tapi xtau nak gune untuk ape?? “ hah…time tu baru nak menyesalkan… “nape la aku main2 dulu….bla bla bla…”

Jadi, setiap kali kita belajar, kita fikirkan hikmahnye…ape kelebihan, ape kegunaan ilmu ini untuk masa hadapan, mungkin ade sesetengah yg kita belajar xde kaitan pun dengan pengajaran kita di masa hadapan, tapi sekiranya kawan kita ada mengajar berkaitan dengan ilmu tersebut, bukankan kita dapat membantunya??? Haa…kan orang yang mempermudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudahkan urusan kita SEKALIGUS mendapat pahala kerana membantu orang???

err...ni bukan penderaan ye..

Neeeeextttt!!!!

Pada sebelah petangnya, aktiviti WAR GAME dijalankan…ya Allah, bukan stkat adik2,fasi pun main sme…mcm2 kaler lekat kt muka, tdung, baju…siap day g main lumpur lagi tw!! Sekurang2nya, release stress kejapkan dik??? 
persiapan peperangan

 

 

Malamnya, aktiviti explorace dijalankan… semua check point perlu diselesaikan..tahniah yer, kumpulan akak yg kedua terawal smpai..



sje...nk buh gak!!!

Aktiviti malam diteruskan dengan slot muhasabah diri, dengan tajuk KEMATIAN yg trut dibantu oleh Wana dan Muiz sememangnya berbekas dalam hati atie. Pada mulanya, atie ingat nk ronda2 tgk adik2 je…tapi atie buat keputusan I wanna stay n feel it together with them.. sangat memberkas ke dalam jiwa..special thanks to Idzhar kerana sudi hadir, memberi motivasi yg sangat2 berkesan..seakan atie, zaff, fasi2 yang lain turut sama2 menangis. Terasa sangat dalam hati…paling penting, atie sangat2 bersyukur pada Allah, kerana masih mengurniakan atie hati yang lembut, yang masih mampu menangis apabila merindui-Nya..takut sangat memikirkan sekiranya suatu hari nanti Allah bagi hati atie ni sekeras batu….Nauzubillah…

Special thanks to sahabat atie, Hayatun Syamila kerana dy yang memujuk atie sepanjang slot tu…ye, semua kita menangis. Namun, bg mila, mgkin tangisan atie telalu lama, seakan atie melepaskan sesuatu yg terpendam..benar dik, akak pun x maksum..akak pun menyimpan seribu satu kesedihan yg x tergambar…maka, time tu, menangislah penguat semangat kak atie..

Mungkin akak tak dapat merasai kesedihan ketiadaan ibu bapa..namun ape yg terjadi dulu dangat berbekas dalam jiwa..Syukur, Allah bukak kembali mata akak, Allah sedarkan akak..mgkin bila masalah timbul, kita selalu salahkan ibu bapa, kerana mereka sibuk bekerja la kita jadi macam ni…akak pernah rasai mcm ni, shingga tiba masanya, akak bagi ruang kt diri akak, fikir2 kembali, mgkin akak juga bersalah…akak x nak dekatkn diri dengan mereka…akak cipta jarak menjauhkan diri dari mereka di saat mereka ingin rapat kmbali dengan anak2 mereka. 

Akak buat mcm tu mgkin kerana akak marahkan mereka..tapi adik2, setelah sedar tentang tu, akak beri mereka ruang, ruang utk mereka menebus kmbali masa yg lalu..& percayalah adikk2 dengan beri mereka 1 peluang adik akan bahagia…kerana redha Allah dtg dari redha ibu bapa dan dengan redha Allah, hati mu menjadi tenang…insyaAllah..

Bagi yg sudah ketiadaan ibu bapa, ahli keluarga, takziah dari akak..ingat dik, Allah lebih menyayangi mereka…sebelum Allah mengambil mereka, lihatlah betapa Allah menghadirkan insan2 yang menguatkan kita di saat ketiadaan mereka…jika Allah tidak menyayangi kita, Allah pastinya membiarkan kita berduka berpanjangan tanpa kehadiran sesorang pun untuk menggembirakan kita…mgkin akak tidak memahami, tetapi, akak tahu erti kehilangan…akak sangat mengerti… ~~~~~


Last Day (Hari ketiga…T.T) , seperti biasa, mulakan hari dengan senamrobik, kemudian slot menulis surat2 'cinta' buat fasilitator, dan majlis penutup. Kemesraan yg terjalin selama 2 hari 2 malam, terlihat buah2 kemesraan di situ. Adik2 sudah dapat menerima akak2 dan abang2 fasi, bahkan ade yg xnak balik!!! Xboleh dik, tanggungjawab adik sebagai pelajar lebih penting…jangan risau, walau terpisah dua benua, kasih sayang kami pada adik2 insyaAllah tidak berubah… jangan nangis lagi ye sayang-sayang akak??? ^_^ Senyum2 selalu….

Pesanan buat adik2, juga buat diri ini,
Walau di mana pun kita berada, ingatlah Allah di dalam hati…
Walau bagaimanapun resahnya kita, letaklah Allah di dalam hati..
Walau teruknya kita, ingatlah Allah menerima taubat kita..
Akak x sempurna adik, malah adik jauh lebih baik dari akak…
Kita nak bawak kawan2, ahli keluarga, semuanya ke syurga kan??
Jadi, Jom sama2 berubah..kita sama2 jadi cemerlang dunia n akhirat…
Susah??memang…namun xmustahilkan???


Dah3, x nak sedih2..ini sebuah kisah penuh kegembiraan, kemesraan lagi kisah kerapatan akak2 dan abang FASILITATOR ZA’BA bersama ADIK2 SLISS… <3. Jaga diri ye semua. Jaga kesihatan. Pelajaran juga mesti mantap. Setiap orang mula dr bawah, jadi, jangan mengalah, terus berusaha, terus tabah, & terus KUAT !!!

FIGHTING !!!!

terlihat azlan malu2 di situ!!

 

Salam sayang dari kak atie… <3

***akak rindu sangat2 kat adik2 akak ni!! <3 may Allah bless all of you….ALWAYS…
***InsyaAllah, jika diiizinkan Allah, kita berjumpa lgi ye…



17 October 2012

sepetang bersama.........RTM?????


Assalamualaikum…ahah…straight to the point…atie dijemput utk menjadi penonton Generasi Y RTM…WAH!!!! DAEBAK KO ATIE DIJEMPUT!!

Xlah…bukan jemput atie sorang, 1bas dari Kolej Za’ba dijemput..sy x se‘grand’ tu untuk dijemput alone ye…walau ape pun, sngat suka rncangan ini…rncangan lbih sntai, bersama host yg sudah pastinya kacak!!! Abg MUAZ…dengan tetamu jemputan iaitu bekas student UPSI sendiri dan motivator…dalam episod NILAI KEPERCAYAAN.

Mgkin gambar lebih btter untuk becerita…(nk tunjuk keriangan dapat masok studio!!!!)




special thanks to abg producer & kak penolong producer
sbb  sudi jemput wrga KZ menjadi tetamu Gen Y




bersama abg MUAZ n tetamu istimewa, ex-UPSI!!

bersama motivator



mujur sedap je vokalis dy nyanyi lagu
walaupun ibarat tercabut telinga dok sebelah band ni,

Atie sll dgr org selalu cakap…rebutlah peluang yg datang, kerana kita xpernah tahu, ape hikmahnya..mmg, atie ni bukan kelab etiket sosial kolej za’ba, bukan juga b’cita-cita nak jadi host or pengacara yg terkenal…sekadar menjadi guru yang didik anak-anak murid nya mcm ank dy sendiri..

Tapi sekurang-kurangnya, atie belajar cara mengendalikan sesuatu rancangan,..dpt tgk persediaan dia, rakaman dia, dapat tgk sgla procedur dy, dapat tgk studio dy, dapat tgk pengacara dia (ehem…kuar tajok ke??) uhuk2…abg MUAZ kn sangat modest..mmg btol sgt lah org ckap, walau setinggi mana pun pangkat kita, sepopular mana pun kita, kita perlu rendah diri kerana di situlah sahsiah kita dilihat, disitulah terletaknya harga diri kita dan disitulah orang akan menghormati kita..

Nak2 pula, kerja dengan ramai pihak, kalau kita sombong, asyik memarah je, da rasa x iri hati antara 1 sama lain,x bape molek lah kan kita nak bekerja..asyik de x puas hati..kerja pun xtenteram, last2 kerja jadi xikhlas, dosa dapat,rezeki pulak kalau Allah xberkat mcam mana??? haa….itu yg kita kena sama2 pikirkan, amik ikhtibar,..

so, adik2, akak2, abg2, dengan ini saya menyeru (serupa mcm wkil rkyat lak) kalau peluang datang, REBUT je!! Tp,JANGAN MAIN REMBAT je..kalau kawan ajak gi clubbing ke, tu bukan peluang, tu memberi ruang utk syaitan menggoda namanya….

Jadi,luas perjalanan jauh pemandangan…(asenye betul kot peribahasa ni)..rebut peluang mendatang, amik ikhtibar dari segenap perkara, dan paling penting, walau setinggi mana pun pangkat kita, biarlah seperti resmi padi, semakin berisi semakin melentur ke tanah…sekian..


HAH !! amik ko...ak bersila siap atas stage tuh ....
muka bahagia dapat naik pentas!!


salam sayang dari atieyyminho .. <3