22 December 2013

Pintar Cerdas di penghujung semester 5 *Entry Bergambar*


Assalamualaikum...hari tu kami satu kelas Pintar Cerdas dibelanja oleh Dr. Md Nasir Bin Masran merangkap pensyarah kami. Motifnya adalah kami berjaya melaksanakan kem pintar cerdas kepada pelajar tingkatan 3 MRSM Trolak. Dan program tersebut diberi nama Ingenious Youth Project.


Ehem..pada mulanya atie ingatkan Dr. nak belanja makan kat kedai char kuew teaw ke...cendol pulut ke..paling2 pun kedai tomyam tu...fuh, makan besar tu..hehehe..alih2 PIZZA HUT !!! ok...double besar uoollllzzzz... 

disebabkan pada mulanya jugak cadang nak makan kat Rawang tapi xda tranport, maka kitorg makan2 kat pizza hut tanjung malim sahaja. Disebabkan ini adalah entry bergambar, 

LET'S THE PICTURE DO THE TALKING:)

















*diharapnya ukhwah yang terjalin terus mekar hingga ke jannah
*diharapnya bertemu dalam suasana yang meriah di luar negara di semester 8 (fighting!!)
*diharapnya kesilapan yang sering dilakukan di ampunkan
*didoakan semuanya berada di bawah lindungan rahmat Ilahi
*moga peperiksaan akan berlansung dengan jayanya..PINTAR CERDAS, juma lagi di semester 8 ^_^
*lastly, mencipta pengalaman bersama kalian adalah antara perkara terindah dalam hidup atie..untuk itu.. Kamsahamnida. Arigato gozaimazu. Terima kasih kesayangan :)


Salam Sayang, Atieyy Minho 
cc: penulis dan wana :)

19 December 2013

special case named Unit Pertandingan RBA Karnival Usahawan

Assalamualaikum...hoii. xtaw nak tulis macam mana. macam nak nangis pun ada.. hahahaha.

Untuk pertamanya, maaf seandainya atie menjadi ketua unit yang tersangat kelam kelibut angin taufan. Kerja unit pertandingan memang rushing, & atie pun sekali terushing. untuk itu, maafkan atie. Maaf kerana menunjukkan tauladan yang sangat tidak baik seperti terpaksa ponteng kelas. hahahaha...sebanarnya kan, atie betol2 cari transport taw nak gi kelas, transport xde dan time tu macam nak mati je dia punya panas so atie terpaksa ponteng T_T sedih tawwwww...

Tapi, Allah saaaaangat Maha Pengasih..atie yang ponteng 4 kelas, tup tup tup terponteng 3 kelas. Tolak 2 kelas yang ada surat, terponteng satu kelas je..hehehe..ni bukan nak mengajak korang ponteng taw sebenarnya. nak bagitau, kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan pay dengan cara lain..Allah uji dengan takdak penyertaan lansung menjelang hari pertandingan, sampai atie dengan kak deel menangis depan pc kat bilik mmk kerana kecewa dengan diri sendiri. Sampai kak wana korang pujuk balik umah pun taknak balik sebab tak mampu nak balik dah. Kudrat kitorang dah jatuh rebah bumi dah...tapi, pada hari pertandingan, alhamdulillah..Allah hadirkan insan2 yang menceriakan kembali kesuraman wajah kami :)

Oleh itu,
kerana sudi bekerja dengan atie yang kalut ini...
kerana tahan apabila dimarahi dengan atie, dengan unit lain...
kerana terus tersenyum di meja pendaftaran biarpun pada malam terakhir...
kerana sampai tetido di meja pendaftaran, tetap tak lupa tanggungjawab..
kerana uruskan pertandingan dengan baik...
kerana terus kuat galas tanggungjawab biarpun assignment melambak bak gunung..
dan KERANA BUKTIKAN PADA DIRI SENDIRI BAHAWA KORANG BOLEH...

kerana itu semua, terima kasih...

Awang, Pah, Ina, Iza, Amira, Ainin, Pia..tq guys!! next semester, dapat ptptn, tuntut belanja makan ngan atie ok..kalau x mampu jauh2, kafe je bleh x???hehehe

Salam Sayang,
Atieyy Minho tercenta (cewah!!!)

cc: Unit Media Kolej Za'ba & pemilik FB sendiri...huhuhu






THROWBACK : KARNIVAL USAHAWAN DAN KOLAMAN AIR MATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Baik!! Blog yang tersangat bersarang dalam sejarah. Dah abis 1 semester baru nak cerite balik... Sory la, serius atie tersangat la sibuk sampai nak tido pun tak sempat and yes, it not a lie.



Pada, 29 November hingga 1 Disember 2013 yang lalu, Kolej Za'ba telah mengadakan Karnival Keusahawanan Kolej Za'ba bertempat di perkarangan kolej za'ba. Dari highway lagi dah nampak puluhan gerai jualan karnival kitorang (belagak~). For your information, banyak slot, banyak sangat2 aktiviti yang dijalankan. Pertandingan yang dijalankan antaranya

FASHION SHOW (serius, macam paparazi yang duduk kat meja juri amik gambaq dengan flash2 semua),

PERTANDINGAN EUREKA (rka cipta di mana atie yang ketua unit pertandingan pun masuk tapi xmenang..sokay, setiausaha aktiviti dan setiausaha I menang taw),

PERTANDINGAN DA'IE FI ZA'BA (tahniah kepada juara, sememangnya tazkirah spontan beliau berjaya memberikan input berguna dan juga berjaya mencuit hati kami ^_^),

PERTANDINGAN ENTREPRENEUR CHEF CHALLENGE (ini part paling best..setiap pasukan kena buat dua menu..mak aih, bapak macam lapar nak mampos tengok diorang ni masak. Siap masak, kitorg buat projek 'Abis Menu Bagi Mengelak Pembaziran Kerana Membazir Itu Amalan Syaitan'. Panjang tajok projek tu, tapi matlamatnya satu ja -__-" . AAAAAhhhh, tak peduli. Yang pentingkenyang perutsuka hati lalalala~ #MenariTarianDoraemon)

PERTANDINGAN THE APPERENTICE (pertandingan terakhir. Tak pernah sangka setiausaha saya lagi memenangi pertandingan ini. Good job adik...akak sangat bangga dengan awak!! *walhal ketua unit sorang ni dah tertido beralaskan tangan di meja kafeteria menunggu tamatnya pertandingan ersebut. SETIAUSAHA REKA BENTUK DAN AKTIVITI (RBA) , meline abdullah turut tumbang bersama di meja pendaftaran penonton *dah macam hari ketumbangan c/o (carta organisasi) RBA yang keletihan* Terpaksa mengalah dengan diri sebab dalam 48 jam, atie baru tido 6 jam. so, badan dah hampir nak colapse tapi masih kukuh tggu competition abih)

Abis je pertandingan The Apperentice, atie peluk PIA and says GOODJOB dear sebab dia sekretariat yang bertugas uruskan peserta pada hari berkenaan. Sekali pia mengajak atie untuk melompat sama melaungkan "PERTANDINGAN DAH ABIS!!!!!!". Memang melompat dengan s/u sekali time tu. Punyalah happy penat lelah kitorang terbayar di penghujungnya.

OK, nak sambung bab persembahan malam pulak, malam pertama adalah malam za'ba berqasidah. Pada malam ini artis jemputan adalah Al-Mawlid dan Al-Husna. Seronok berhimpun ramai-ramai melaungkan zikir cintakan Allah, memuji Kekasih Baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Para pengunjung yang turut hadir juga secara tidak lansung bersama-sama dalam majlis ilmu pada malam tersebut.

Pda malam kedua pula adalah Malam Penglipurlara. Pada malam ini, MC tidak formal bertindak memainkan watak penceritaan bersama dengan himpunan persembahan khas yang semua peserta persembahan merupakan pelajar kolej za'ba sendiri. Ada tarian, nyanyian, persembahan kompang formasi, nasyid, berzanji dan dikir barat. Ramai sangat-sangat orang pada malam tersebut.

Pada malam terakhir merupakan kemuncak penutupan karnival. Persembahan kod tangan, persembahan robot, semuanya dijalankan sebelum persembahan artis utama iaitu BLACK. Seronok sangat dan rasa teramat berbaloi kami menjemput BLACK. Bagi atie, artis yang low profile begini, rapat dengan audience, mampu menarik audience sepanjang masa persembahan, bagi atie BLACK layak diiktiraf sebagai artis sebenarnya. Sifat-sifat yang ada pada dirinya mampu memanjangkan lagi karier beliau dalam bidang seni tanah air. Semoga black terus maju, dan kami doakan agar kejayaan mengiringi anda dalam ABPH nanti..amin.



Tidak dilupakan, slot Battalion Zone yang menanpilkan persembahan istimewa dari SUKSIS dan SISPA sendiri. Maap, atie ade kelas pada pagi tersebut, tetapi menurut skretariat atie, korang DAEBAK!!! Terbaik ar abang2 dengan kakak2 gagah. *walhal kita sama sem kan??saje nak perasan muda lagi*

senam seni 1 malaysia, tak taw kenapa tapi warga KZ sangat suka senam seni. MAcam segaa tarian yang ada di Malaysia digabungkan dan di conduct oleh Cik Wan dan YDP Kolej sendiri. Pon begitu, dah 2 kali senam seni atie xdapat nak join sebab terlibat dengan preparation for chef challenge. OK2, xpe...tunggu time HTKZ tahu depan, atie akan pastikan takde orang boleh rampas atie dari dataran tu. Dahla dok depan, punya dok semangat menari, dah kena lari siapkan barang...huuuuuuu~~

***************

Dah abis membebel penjangkan. Sejujurnya menghadapi Karnival Usahawan adalah antara benda berat yang atie perlu hadapi semester ini. Yes, air mata minitis 2titik, then atie tahan, cakap pada diri, biar nanti time slot terakhir, persembahan BLACK tu, biar air mata atie menitis. Atie akan tahan hingga saat itu tiba. dan pada malam terakhir, gurauan atie, benar-benar menjadi nyata. Lagu pertama BLACK buat atie menangis. Bukan sebab fanatik ke ape, sebab itu yang kami nantikan, itu yang membuktikan kami telah berjaya dalam K.U, itu yang menutup segala penat lelah selama sebulan, itu yang menunjukkan bahawa atie, you have done a job. BE PROUD OF YOURSELF!!!


Untuk Reza, terima kasih sebab beri peluang. Walaupun tak dapat penyertaan paling baik, tapi terima kasih sebab sudi untuk bagi pengajaran paling berharga dalam diri.
Untuk Hawa yang memberi semangat, terima kasih :')

Untuk bestfrens atie (bebudak umah atie : wana, wedot, shida, ina, iza,) ayat korang sangat inspired atie. Ye atie xtunjuk sebab takot nangis depan korang plak. tapi tq :) sebab memahami.tq sebab tak tanya kenapa mata bengkak macam katak, muka sembam, tapi bab macam tak cukup makan, itu yang banyak kali diulang..huhu



Untuk unit RBA yang selalu kena marah dengan atie..maaf eh...atie marah pasal kerja sahaja. tak pernah campur ngan dengan personal. Terima kasih kerana sudi bekerjasama :) untuk ami yang sudi nangis bersama memikul amanah, nizam yang sudi berleter dan dengar leteran orang, dan meline yang sangat2 membantu, sangat2 terbaik menjadi s/u,  terima kasih sangat2 dari atie... :)

Untuk unit pertandingan atie, atie sediakn post khas untuk kalian. Tanda penghargaan tidak terhingga kerana sudi bersama sehingga ke akhirnya.

Untuk yang tidak termention, terima kasih sebab mampu tahan dengan atie..ramai sangat, xtersebut..
*herry yg rajin mencari gaduh sepanjang K.U dgn caption "atie kecik", sangat tak paham. hahahhaa...
*kak nurul, kak dayah yang peluk saat dah jatuh ayaq mata..
*hawa yg sudi nangis sama2, teman promosi sama2..
pastu SEMUA LA SENANG, terima kasih uoollz..

Untuk awok yang selalu terasa hati, tambah-tambah time karnival, buat terasa sampai tahap terasa nak baling sofa dalam bilik mmk tuh, sudah dimaafkan sebenarnya. Tapi saja nak bagi sakitkan hati jugak sebab selepas sekian lama baru nak ngaku & mintak maaf. Kerana berlaku sedemikian, saya mintak ampun jutaan bintang di langit. 




#Jujur, saya punya seribu sebab kenapa saya sayang kz..saya benar2 sayang kan mereka. Yang masih tersenyum di saat keletihan membatasi tubuh ... ^_^




Salam sayang sejuta puluh ribu trilion,
Atieyy MOMO    <----- yang ni cc untuk maziah my twin.,hahaa

31 October 2013

Hari-hari yang berlainan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ok,dush 5x!!!!! tumbukan paling padu dalam hati sendiri sebab dah lama gaban tak update blog.mcm ni ke blogger..pfft..ok, ni kes marah diri sndiri...............ok, dh abis marah.

Sebenarnya kan, atie nak citer ni. citer "sehari-harian yang selalunya perkara berlainan"..itu tajuknye. ari tu atie berjalan sorang2 kat pekan nak cari bahan untuk kit media. kiranya mcm BBM (Bahan Bantu Mengajar) untuk RPH (Rancangan Pengajaran Harian). Ok i bakal guru, mohon untuk memahami ye..

jujur, atie takut sebenarnya nak jalan sorang2 sebab atie ni jenis takut ngn orang ramai. tapi, atas urusan esaimen, paksa diri untuk tak pitam di khalayak ramai. paksa diri waspada sepanjang masa takut diculik punya pasal. Ok, ini kalau pokcik tu dgr, mahu bebel sebab jalan sorang2 ibarat anak sesat di jalanan..tapikan, 

setiap kali atie nak lintas jalan, mcm kereta xde lansung. 

atie nk cucuk duit, xde beratur panjang2 ela.

atie nak beli barang siap tawar menawar lagi. 

atie nak beli goreng pisang, pakcik tu bagi banyak2 pastu refill atie punya air tebu,
walhal atie bli air tebu tu kat tempat lain.

Kadang-kadang ini yang dinamakan rahmat, bantuan dari Allah. kita selalu nampak ujian dari Allah..penah bukak mata luas2 tengok kesenangan yang sedang kita hadapi, alami, lalui dan seumpamanya. BERSYUKUR. itu kunci dy. penah igt kita merungut bila xde tempat nak letak kereta??tapi bape kerat yang ucap alhamdulillah bila dh jumpa tempat letak kereta?? penah rasa penat bila beratur panjang nak amik makanan?? tapi kerat je say alhamdulillah bila mudah dpt tempat makan??

see?? 

benda simple tapi kita yang lupa. kita tutup mata kita dari lihat segala yang Allah permudahkan. Hanya kesenangan yang ketara baru kita rasa itu rahmat Allah. Ini peringatan untuk atie, untuk kawan2 sebab kita dalam tak sedar, Allah banyak dah tolong. Sekarang kita yang kena tolong diri kita untuk lebih tabah bila da ujian, xmerungut. (ini atie selalu buat --')

lebih istigfar dalam hati, bila buat dosa atau terasa riak bila buat baik. (ini pun atie buat jugak..jahatnya hati kiter nih!!! ><)

paling best, lebih bersyukur. Kalau bersyukur, Allah bagi banyak giler kat kita..percayalah..xcaya try wat..hehehehe..

ok lah, nanti atie nak citer pasal makan2 steamboat..psl IgYP..errr..psal balik nek bas pun nak cerita...nanti bleh??hahaha..

ok, salam sayang dari atie..take care taw musim hujan ni..
lots of love,
AtieyyMinho



16 September 2013

31/5/2013...dh berlalu..

Assalamualaikum...tetiba nak tulis pasal ni lepas dgr lagu Final Countdown


teringat saat itu..
langkah perjalanan, hayunan tangan..
mendongak ke pentas, berjalan mendada..
bukan sombong, mahupun riak bangga..
hanya bermatlamat, memegang amanah..
penuh tekad di jiwa, semangat membara di mata..
berikrar satu tujuan,
menyahut ribuan seruan
monongkah arus lautan
membina 1 ikatan
Selamanya Bersama..


*atie ikat ketat2. sekali jadi keluarga, atie takkan bagi korang lari. atie dah ada

Babah
Ami
Abang2karim,fadel,zaf,nizam,syauqi,vincent,mat,din,reza
Akak2fie,asma,nina,mas,jieba,dayah,su,anah
Kembar2wana,nisah,dibah,ezza,milah,azmir,hawa,prema,muiz
Adik2wani,adli

*No matter where u r, there always part of heart that place your name forever..




14 September 2013

Khas buat adek2 terchenta (classssss sgt tajok)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Maaf atas segala tgkah laku akak semalam. Akak sangat tidak pandai berbicara di khalayak ramai. Jadi nervous mak nenek semalam tu telah menghalang akak bercakap dengan lebih efisyen. Akak lebih pandai menulis dari berkata-kata..
So, ni yg akak nk cakap sebenarnya....


Akak Nur Fatihah Binti Azaulmay,
pelajar semester 5,
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas).
Major: Pintar Cerdas. Minor: Matematik.
Berasal dari Arau, Perlis yang permai lagi mempesona,
umur 21 tahun. (befday bulan Oktober #ehh)

Akak merupakan bekas ahli Kelab Fasilitator Za'ba,
Kelab Fasilitator Bitara,
AJK Rakan Study Islam,
AJK Blok B.
Meskipun begitu,
akak sangatlah tidak pandai bercakap dengan nada seorang pemimpin gah lagi gemilang,
bahkan akak seorang yang trauma dengan manusia asing.
Ini bukan penipuan,ini betol2.
Pernah nampak akak cakap kat depan?
Tak.

Pelik. Dah tu kenapa jadi MMK?
Good questions. Learning, that's the answer. Learn to live in my own life, learn to be a leader in future. *mcm moto KZ pon ada* 
Takde orang dah terus jadi hebat. 
Pernah dengar hidup itu satu pilihan? 
Pernah dengar life is gamble?
Senang citer, hidup itu 1 eksperimen. We never know unless we try it.

Jadi, akak menyeru kepada adik2 akak
sia-siakan hidup korang dengan tuntut ilmu hgga ke liang lahad..
sebab stiap perkara dalam hidup adalah secebis ilmu utk kita pelajari.
tak kisah RE ape pun korang pilih, kelab ape pun korang join,
as long awak niat nak belajar, as long awak niat nak perbaiki kelemahan diri.
we learned while dealing with problems.
we learned while connecting with other people.
and I'm learn by overcome my weakness.
AND SO ARE YOU.

Kan dah kata, akak lebih pandai menulis. Kalau ada yang nak join RE Kebajikan Dan Perkhidmatan, boleh.
Exco Kebajikan juga akan bekerjasama dengan exco lain. Pihak luar/NGO pun ada. Tak terlalu busy, sebab nak bagi peluang RE join program lain jgak. Sebab itu banyak RE Kebajikan berpeluang menyertai kelab lain, bahkan ade yang aktif -both as RE Kebajikan dan ahli kelab-kelab universiti, kolej dan sebagainya.
Kalau nak join, sangatlah dialu-alukan. Maaflah, akak bab promote ni sangatlah xpandai.
Sekian.


*AMARAN KERAS : Sekiranya ada masalah seperti sakit, adukan pada  AJK Kebajikan Blok.
Lebih kurang macam ni la carta alir dia 

Sakit -> AJK Kebajikan Blok -> 
Ketua Blok -> Felo

*Tapi, kalau ada kes seperti mangsa kebakaran, kematian ahli keluarga, adukan sahaja pada AJK Kebajikan Blok. Nanti mereka akan terus adukan pada abg adli dan kak atie pasal ni. InsyaaAllah, kami bantu semampu kami.

  

moto :

nak no. telefon, bleh pm kitorang. Salam sayang dari kami.. ^_^

12 September 2013

Aku..

Aku tersungkur..sangat kerap tersungkur.
aku bangun, lantas tersungkur lagi
gigih, ak meniarap,merangkak, menongkat.. untuk bangun lagi
kerap kali itu juga, aku jatuh lagi.

Kenapa aku lemah? aku persoalkan.
Kenapa aku tidak sekuat mereka? Lagi, aku persoalkan.
Kenapa aku tidak sehebat mereka?
Kenapa mereka mampu untuk terus bangun?
Kenapa aku mesti jatuh?
Persoalan, terus aku persoalkan.
Apakah mungkin aku tak layak, 
berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mereka?
Persoalan itu, akhirnya.....
Aku jatuh, terus aku diam.

Aku diam. Harapnya, ada yang menyedari.
Aku terlupa. Mereka juga manusia.
Mana mungkin bisa tafsirkan,
bicara hati paling dalam.
Aku pendam. Cuba melupakan. 
Mustahil. Aku pun manusia. Lantas aku hiraukan.

Biar saja calar hati ini diubati sendiri.
Biar saja robek hati ini dijahitkan sendiri.
Biarkan sahaja.
Kerana aku sudah berhenti berharap.


Aku tahu Dia tahu. Cukuplah sekadar itu.

13 August 2013

~Welcome Degree's Student~ wee3..^_^


Assalamualaikum kawan2...huhu

Amacam beraya??oh lupa2..maaf sebab terlambat.Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin dari atie sekeluarga. Alhamdulillah,selesai kita menjalani ibadah sebulan berpuasa sempena Ramadhan yg lalu. Puasa penuh x? xpenuh,xdpt duit raya..haha.

Ada juga kwn2 kita yg puasa xpenuh, bukan sbb2 perempuan. Sebab sakit. Demam lah biasanya. Kan Ramadhan ri tu byk ari yg pnas terik. Atie pun migrain spnjg Ramadhan (padahal dok umah je). So, yg tertinggal tu jgn lupa ganti taw.

OK..1 perkara yg bakal mendatang ialah Kemasukan Pelajar  Ijazah Sarjana Muda (Degree) Ke Universiti2 Seluruh Malaysia. bapak daebak je tajuk. haha..so, CHECKLIST!!

1. Dah buat pemeriksaan kesihatan? dh dpt segala smpul x-ray sume? ok, sume tu perlu dibawa time pendaftaran..jgn lupe.

2. Salinan akademik, segala sijil2 berkaitan, dah buat salinan dan cop pengesahan dari Pengetua or Guru Besar? kalau suh buat 5 salinan,& nk lebih pun xpe. Sebab takot hilang xtumbuh patah xberganti pulak.

3. Pada hari pendaftaran, mohon pakai seskema yg mungkin -___-"
L : rambut disikat rapi, baju kemeja + tie, seluar slack + tali pinggang, kasut bertutup + stoking.
P : baju sesopan (bju kurung), bertudung/bersikat rapi, kasut bertutup + socks.

4. Bawak la bantal, cadar,selimut, baldi sbb biasanya xdisediakan. Kot2 la terlupa ke, jangan risau, g cari kat pekan terdekat. *Macam Kolej Za'ba, usually kitorg jual dgn harga berpatutan sebab kesian kat parents dtg jauh2, xlrt nk angkut brg banyak2.

5. Alat tulis yang dicadangkan : pen 2 batang, ngn 1 buku nota. btol ni. nanti 1st week kuliah, klu asa perlu buku2 tulis tambahan, bru beli taw. Jangan bazirkan duit. Untuk buku rujukan pun refer pada lecturer. Kekadang ade je dalam library U.

6. Lastly, minggu orientasi. Yang ni WAJIB hadir. Jangan nnt korang xtaw mana fakulti korang bila sem bermula. Aku cepuk sorang2. Ganas taw senior korang ni, Kecik2 cili padi (ok, tipu..). Time orientasi ni tanya la ape2 yg xsempat ditanya dalam grup, or sblum masuk U. Kalau teringin nak aktif zaman U ni, bleh jugak tanya long-way fast-way kat fasi2 semua. Xpe, stahu atie, senior kat UPSI ni bukan raging sangat pun. Kalau korang aktif, diorg lagi ramah taw. U len atie xtaw. Ade yg kata same je...huhu

Pesanan terakhir
              GRAB YOUR CHANCE WHILE IT LAST.

Join la aktiviti. Bayangkan,nnt korang smbung master, dh xdenye nk jd ajk program bagai. Bila dh kerja nanti, xdenye nak happy2 tido sebantal, minum secawan, makan spinggan ngn buddyz sume. Time ni ja nk enjoy, kumpul pengalaman, eratkan ukhwah, luaskan connection. Cewah!! hahaha..

Nanti jumpa tegur2 la kalau sudi. *hak ni bapak pasrah punya ayat.haha*
Salam sayang,Atieyy Minho