16 September 2013

31/5/2013...dh berlalu..

Assalamualaikum...tetiba nak tulis pasal ni lepas dgr lagu Final Countdown


teringat saat itu..
langkah perjalanan, hayunan tangan..
mendongak ke pentas, berjalan mendada..
bukan sombong, mahupun riak bangga..
hanya bermatlamat, memegang amanah..
penuh tekad di jiwa, semangat membara di mata..
berikrar satu tujuan,
menyahut ribuan seruan
monongkah arus lautan
membina 1 ikatan
Selamanya Bersama..


*atie ikat ketat2. sekali jadi keluarga, atie takkan bagi korang lari. atie dah ada

Babah
Ami
Abang2karim,fadel,zaf,nizam,syauqi,vincent,mat,din,reza
Akak2fie,asma,nina,mas,jieba,dayah,su,anah
Kembar2wana,nisah,dibah,ezza,milah,azmir,hawa,prema,muiz
Adik2wani,adli

*No matter where u r, there always part of heart that place your name forever..




14 September 2013

Khas buat adek2 terchenta (classssss sgt tajok)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Maaf atas segala tgkah laku akak semalam. Akak sangat tidak pandai berbicara di khalayak ramai. Jadi nervous mak nenek semalam tu telah menghalang akak bercakap dengan lebih efisyen. Akak lebih pandai menulis dari berkata-kata..
So, ni yg akak nk cakap sebenarnya....


Akak Nur Fatihah Binti Azaulmay,
pelajar semester 5,
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas).
Major: Pintar Cerdas. Minor: Matematik.
Berasal dari Arau, Perlis yang permai lagi mempesona,
umur 21 tahun. (befday bulan Oktober #ehh)

Akak merupakan bekas ahli Kelab Fasilitator Za'ba,
Kelab Fasilitator Bitara,
AJK Rakan Study Islam,
AJK Blok B.
Meskipun begitu,
akak sangatlah tidak pandai bercakap dengan nada seorang pemimpin gah lagi gemilang,
bahkan akak seorang yang trauma dengan manusia asing.
Ini bukan penipuan,ini betol2.
Pernah nampak akak cakap kat depan?
Tak.

Pelik. Dah tu kenapa jadi MMK?
Good questions. Learning, that's the answer. Learn to live in my own life, learn to be a leader in future. *mcm moto KZ pon ada* 
Takde orang dah terus jadi hebat. 
Pernah dengar hidup itu satu pilihan? 
Pernah dengar life is gamble?
Senang citer, hidup itu 1 eksperimen. We never know unless we try it.

Jadi, akak menyeru kepada adik2 akak
sia-siakan hidup korang dengan tuntut ilmu hgga ke liang lahad..
sebab stiap perkara dalam hidup adalah secebis ilmu utk kita pelajari.
tak kisah RE ape pun korang pilih, kelab ape pun korang join,
as long awak niat nak belajar, as long awak niat nak perbaiki kelemahan diri.
we learned while dealing with problems.
we learned while connecting with other people.
and I'm learn by overcome my weakness.
AND SO ARE YOU.

Kan dah kata, akak lebih pandai menulis. Kalau ada yang nak join RE Kebajikan Dan Perkhidmatan, boleh.
Exco Kebajikan juga akan bekerjasama dengan exco lain. Pihak luar/NGO pun ada. Tak terlalu busy, sebab nak bagi peluang RE join program lain jgak. Sebab itu banyak RE Kebajikan berpeluang menyertai kelab lain, bahkan ade yang aktif -both as RE Kebajikan dan ahli kelab-kelab universiti, kolej dan sebagainya.
Kalau nak join, sangatlah dialu-alukan. Maaflah, akak bab promote ni sangatlah xpandai.
Sekian.


*AMARAN KERAS : Sekiranya ada masalah seperti sakit, adukan pada  AJK Kebajikan Blok.
Lebih kurang macam ni la carta alir dia 

Sakit -> AJK Kebajikan Blok -> 
Ketua Blok -> Felo

*Tapi, kalau ada kes seperti mangsa kebakaran, kematian ahli keluarga, adukan sahaja pada AJK Kebajikan Blok. Nanti mereka akan terus adukan pada abg adli dan kak atie pasal ni. InsyaaAllah, kami bantu semampu kami.

  

moto :

nak no. telefon, bleh pm kitorang. Salam sayang dari kami.. ^_^

12 September 2013

Aku..

Aku tersungkur..sangat kerap tersungkur.
aku bangun, lantas tersungkur lagi
gigih, ak meniarap,merangkak, menongkat.. untuk bangun lagi
kerap kali itu juga, aku jatuh lagi.

Kenapa aku lemah? aku persoalkan.
Kenapa aku tidak sekuat mereka? Lagi, aku persoalkan.
Kenapa aku tidak sehebat mereka?
Kenapa mereka mampu untuk terus bangun?
Kenapa aku mesti jatuh?
Persoalan, terus aku persoalkan.
Apakah mungkin aku tak layak, 
berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mereka?
Persoalan itu, akhirnya.....
Aku jatuh, terus aku diam.

Aku diam. Harapnya, ada yang menyedari.
Aku terlupa. Mereka juga manusia.
Mana mungkin bisa tafsirkan,
bicara hati paling dalam.
Aku pendam. Cuba melupakan. 
Mustahil. Aku pun manusia. Lantas aku hiraukan.

Biar saja calar hati ini diubati sendiri.
Biar saja robek hati ini dijahitkan sendiri.
Biarkan sahaja.
Kerana aku sudah berhenti berharap.


Aku tahu Dia tahu. Cukuplah sekadar itu.