22 December 2013

Pintar Cerdas di penghujung semester 5 *Entry Bergambar*


Assalamualaikum...hari tu kami satu kelas Pintar Cerdas dibelanja oleh Dr. Md Nasir Bin Masran merangkap pensyarah kami. Motifnya adalah kami berjaya melaksanakan kem pintar cerdas kepada pelajar tingkatan 3 MRSM Trolak. Dan program tersebut diberi nama Ingenious Youth Project.


Ehem..pada mulanya atie ingatkan Dr. nak belanja makan kat kedai char kuew teaw ke...cendol pulut ke..paling2 pun kedai tomyam tu...fuh, makan besar tu..hehehe..alih2 PIZZA HUT !!! ok...double besar uoollllzzzz... 

disebabkan pada mulanya jugak cadang nak makan kat Rawang tapi xda tranport, maka kitorg makan2 kat pizza hut tanjung malim sahaja. Disebabkan ini adalah entry bergambar, 

LET'S THE PICTURE DO THE TALKING:)

















*diharapnya ukhwah yang terjalin terus mekar hingga ke jannah
*diharapnya bertemu dalam suasana yang meriah di luar negara di semester 8 (fighting!!)
*diharapnya kesilapan yang sering dilakukan di ampunkan
*didoakan semuanya berada di bawah lindungan rahmat Ilahi
*moga peperiksaan akan berlansung dengan jayanya..PINTAR CERDAS, juma lagi di semester 8 ^_^
*lastly, mencipta pengalaman bersama kalian adalah antara perkara terindah dalam hidup atie..untuk itu.. Kamsahamnida. Arigato gozaimazu. Terima kasih kesayangan :)


Salam Sayang, Atieyy Minho 
cc: penulis dan wana :)

19 December 2013

special case named Unit Pertandingan RBA Karnival Usahawan

Assalamualaikum...hoii. xtaw nak tulis macam mana. macam nak nangis pun ada.. hahahaha.

Untuk pertamanya, maaf seandainya atie menjadi ketua unit yang tersangat kelam kelibut angin taufan. Kerja unit pertandingan memang rushing, & atie pun sekali terushing. untuk itu, maafkan atie. Maaf kerana menunjukkan tauladan yang sangat tidak baik seperti terpaksa ponteng kelas. hahahaha...sebanarnya kan, atie betol2 cari transport taw nak gi kelas, transport xde dan time tu macam nak mati je dia punya panas so atie terpaksa ponteng T_T sedih tawwwww...

Tapi, Allah saaaaangat Maha Pengasih..atie yang ponteng 4 kelas, tup tup tup terponteng 3 kelas. Tolak 2 kelas yang ada surat, terponteng satu kelas je..hehehe..ni bukan nak mengajak korang ponteng taw sebenarnya. nak bagitau, kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan pay dengan cara lain..Allah uji dengan takdak penyertaan lansung menjelang hari pertandingan, sampai atie dengan kak deel menangis depan pc kat bilik mmk kerana kecewa dengan diri sendiri. Sampai kak wana korang pujuk balik umah pun taknak balik sebab tak mampu nak balik dah. Kudrat kitorang dah jatuh rebah bumi dah...tapi, pada hari pertandingan, alhamdulillah..Allah hadirkan insan2 yang menceriakan kembali kesuraman wajah kami :)

Oleh itu,
kerana sudi bekerja dengan atie yang kalut ini...
kerana tahan apabila dimarahi dengan atie, dengan unit lain...
kerana terus tersenyum di meja pendaftaran biarpun pada malam terakhir...
kerana sampai tetido di meja pendaftaran, tetap tak lupa tanggungjawab..
kerana uruskan pertandingan dengan baik...
kerana terus kuat galas tanggungjawab biarpun assignment melambak bak gunung..
dan KERANA BUKTIKAN PADA DIRI SENDIRI BAHAWA KORANG BOLEH...

kerana itu semua, terima kasih...

Awang, Pah, Ina, Iza, Amira, Ainin, Pia..tq guys!! next semester, dapat ptptn, tuntut belanja makan ngan atie ok..kalau x mampu jauh2, kafe je bleh x???hehehe

Salam Sayang,
Atieyy Minho tercenta (cewah!!!)

cc: Unit Media Kolej Za'ba & pemilik FB sendiri...huhuhu






THROWBACK : KARNIVAL USAHAWAN DAN KOLAMAN AIR MATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Baik!! Blog yang tersangat bersarang dalam sejarah. Dah abis 1 semester baru nak cerite balik... Sory la, serius atie tersangat la sibuk sampai nak tido pun tak sempat and yes, it not a lie.



Pada, 29 November hingga 1 Disember 2013 yang lalu, Kolej Za'ba telah mengadakan Karnival Keusahawanan Kolej Za'ba bertempat di perkarangan kolej za'ba. Dari highway lagi dah nampak puluhan gerai jualan karnival kitorang (belagak~). For your information, banyak slot, banyak sangat2 aktiviti yang dijalankan. Pertandingan yang dijalankan antaranya

FASHION SHOW (serius, macam paparazi yang duduk kat meja juri amik gambaq dengan flash2 semua),

PERTANDINGAN EUREKA (rka cipta di mana atie yang ketua unit pertandingan pun masuk tapi xmenang..sokay, setiausaha aktiviti dan setiausaha I menang taw),

PERTANDINGAN DA'IE FI ZA'BA (tahniah kepada juara, sememangnya tazkirah spontan beliau berjaya memberikan input berguna dan juga berjaya mencuit hati kami ^_^),

PERTANDINGAN ENTREPRENEUR CHEF CHALLENGE (ini part paling best..setiap pasukan kena buat dua menu..mak aih, bapak macam lapar nak mampos tengok diorang ni masak. Siap masak, kitorg buat projek 'Abis Menu Bagi Mengelak Pembaziran Kerana Membazir Itu Amalan Syaitan'. Panjang tajok projek tu, tapi matlamatnya satu ja -__-" . AAAAAhhhh, tak peduli. Yang pentingkenyang perutsuka hati lalalala~ #MenariTarianDoraemon)

PERTANDINGAN THE APPERENTICE (pertandingan terakhir. Tak pernah sangka setiausaha saya lagi memenangi pertandingan ini. Good job adik...akak sangat bangga dengan awak!! *walhal ketua unit sorang ni dah tertido beralaskan tangan di meja kafeteria menunggu tamatnya pertandingan ersebut. SETIAUSAHA REKA BENTUK DAN AKTIVITI (RBA) , meline abdullah turut tumbang bersama di meja pendaftaran penonton *dah macam hari ketumbangan c/o (carta organisasi) RBA yang keletihan* Terpaksa mengalah dengan diri sebab dalam 48 jam, atie baru tido 6 jam. so, badan dah hampir nak colapse tapi masih kukuh tggu competition abih)

Abis je pertandingan The Apperentice, atie peluk PIA and says GOODJOB dear sebab dia sekretariat yang bertugas uruskan peserta pada hari berkenaan. Sekali pia mengajak atie untuk melompat sama melaungkan "PERTANDINGAN DAH ABIS!!!!!!". Memang melompat dengan s/u sekali time tu. Punyalah happy penat lelah kitorang terbayar di penghujungnya.

OK, nak sambung bab persembahan malam pulak, malam pertama adalah malam za'ba berqasidah. Pada malam ini artis jemputan adalah Al-Mawlid dan Al-Husna. Seronok berhimpun ramai-ramai melaungkan zikir cintakan Allah, memuji Kekasih Baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Para pengunjung yang turut hadir juga secara tidak lansung bersama-sama dalam majlis ilmu pada malam tersebut.

Pda malam kedua pula adalah Malam Penglipurlara. Pada malam ini, MC tidak formal bertindak memainkan watak penceritaan bersama dengan himpunan persembahan khas yang semua peserta persembahan merupakan pelajar kolej za'ba sendiri. Ada tarian, nyanyian, persembahan kompang formasi, nasyid, berzanji dan dikir barat. Ramai sangat-sangat orang pada malam tersebut.

Pada malam terakhir merupakan kemuncak penutupan karnival. Persembahan kod tangan, persembahan robot, semuanya dijalankan sebelum persembahan artis utama iaitu BLACK. Seronok sangat dan rasa teramat berbaloi kami menjemput BLACK. Bagi atie, artis yang low profile begini, rapat dengan audience, mampu menarik audience sepanjang masa persembahan, bagi atie BLACK layak diiktiraf sebagai artis sebenarnya. Sifat-sifat yang ada pada dirinya mampu memanjangkan lagi karier beliau dalam bidang seni tanah air. Semoga black terus maju, dan kami doakan agar kejayaan mengiringi anda dalam ABPH nanti..amin.



Tidak dilupakan, slot Battalion Zone yang menanpilkan persembahan istimewa dari SUKSIS dan SISPA sendiri. Maap, atie ade kelas pada pagi tersebut, tetapi menurut skretariat atie, korang DAEBAK!!! Terbaik ar abang2 dengan kakak2 gagah. *walhal kita sama sem kan??saje nak perasan muda lagi*

senam seni 1 malaysia, tak taw kenapa tapi warga KZ sangat suka senam seni. MAcam segaa tarian yang ada di Malaysia digabungkan dan di conduct oleh Cik Wan dan YDP Kolej sendiri. Pon begitu, dah 2 kali senam seni atie xdapat nak join sebab terlibat dengan preparation for chef challenge. OK2, xpe...tunggu time HTKZ tahu depan, atie akan pastikan takde orang boleh rampas atie dari dataran tu. Dahla dok depan, punya dok semangat menari, dah kena lari siapkan barang...huuuuuuu~~

***************

Dah abis membebel penjangkan. Sejujurnya menghadapi Karnival Usahawan adalah antara benda berat yang atie perlu hadapi semester ini. Yes, air mata minitis 2titik, then atie tahan, cakap pada diri, biar nanti time slot terakhir, persembahan BLACK tu, biar air mata atie menitis. Atie akan tahan hingga saat itu tiba. dan pada malam terakhir, gurauan atie, benar-benar menjadi nyata. Lagu pertama BLACK buat atie menangis. Bukan sebab fanatik ke ape, sebab itu yang kami nantikan, itu yang membuktikan kami telah berjaya dalam K.U, itu yang menutup segala penat lelah selama sebulan, itu yang menunjukkan bahawa atie, you have done a job. BE PROUD OF YOURSELF!!!


Untuk Reza, terima kasih sebab beri peluang. Walaupun tak dapat penyertaan paling baik, tapi terima kasih sebab sudi untuk bagi pengajaran paling berharga dalam diri.
Untuk Hawa yang memberi semangat, terima kasih :')

Untuk bestfrens atie (bebudak umah atie : wana, wedot, shida, ina, iza,) ayat korang sangat inspired atie. Ye atie xtunjuk sebab takot nangis depan korang plak. tapi tq :) sebab memahami.tq sebab tak tanya kenapa mata bengkak macam katak, muka sembam, tapi bab macam tak cukup makan, itu yang banyak kali diulang..huhu



Untuk unit RBA yang selalu kena marah dengan atie..maaf eh...atie marah pasal kerja sahaja. tak pernah campur ngan dengan personal. Terima kasih kerana sudi bekerjasama :) untuk ami yang sudi nangis bersama memikul amanah, nizam yang sudi berleter dan dengar leteran orang, dan meline yang sangat2 membantu, sangat2 terbaik menjadi s/u,  terima kasih sangat2 dari atie... :)

Untuk unit pertandingan atie, atie sediakn post khas untuk kalian. Tanda penghargaan tidak terhingga kerana sudi bersama sehingga ke akhirnya.

Untuk yang tidak termention, terima kasih sebab mampu tahan dengan atie..ramai sangat, xtersebut..
*herry yg rajin mencari gaduh sepanjang K.U dgn caption "atie kecik", sangat tak paham. hahahhaa...
*kak nurul, kak dayah yang peluk saat dah jatuh ayaq mata..
*hawa yg sudi nangis sama2, teman promosi sama2..
pastu SEMUA LA SENANG, terima kasih uoollz..

Untuk awok yang selalu terasa hati, tambah-tambah time karnival, buat terasa sampai tahap terasa nak baling sofa dalam bilik mmk tuh, sudah dimaafkan sebenarnya. Tapi saja nak bagi sakitkan hati jugak sebab selepas sekian lama baru nak ngaku & mintak maaf. Kerana berlaku sedemikian, saya mintak ampun jutaan bintang di langit. 




#Jujur, saya punya seribu sebab kenapa saya sayang kz..saya benar2 sayang kan mereka. Yang masih tersenyum di saat keletihan membatasi tubuh ... ^_^




Salam sayang sejuta puluh ribu trilion,
Atieyy MOMO    <----- yang ni cc untuk maziah my twin.,hahaa