27 October 2014

Rahsia menempah kejayaan, PART 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sesejak budak atieyy minho ni, berpraktikum! Banyak sangat gamaknya benda yang tak dapat update. Jujur, sibuk sesangat.

Sekarang terasa lapang sikit sebab anak-anak murid ada final examination. 
Ye, boleh gitau tak cikgu mana yang lapang dada bila anak murid exam?!

Dulu time jadi student, boleh la cakap cikgu tak pe tak exam. 
Bila dah cikgu cikgi, oh cenggini asanya anak murid nak exam.




Terasa risau jika anak murid tak dapat jawab, maknanya cikgu tak pandai mengajar.
Hui!!!! Janganlah ya Allah, sungguh nak bagi anak-anak murid faham ni. 
Bukan ape, kalau kita rasa diri dah berjaya, 
nak anak murid lagi berjaya.



Memandangkan sekarang musim peperiksaan, dan pelajar universiti pun bakal mengahadapi peperiksaan *abaikan typo, malas nak delete, maka di sini,
saya selaku Cik Atieyy belum puan lagi, mencadangkan beberapa tips yang boleh diamalkan sebulan sebelum peperiksaan.. hahahhaa.
kalau seminggu macam, tak logik sangat!

1. USAHA
-sebulan sebelum exam, atie suka buat nota.

cara-caranya : 
  • Setiap bab, baca sekali imbas tajuk2 kecik a.k.a subtopic dia. 
  • Pastu setiap subtopic tulis pada sticky notes. (sekeping sticky notes satu tajuk kecik taw!)
  • Pastu kita pun main tampal2 kat dinding yang macam kosong dan berkilat tu kan.
  • Pastu cuba tengok betul2 setiap subtopic tu.

    • Subjek bahasa/perlu banyak membaca : rasa-rasanya, ada tak beberapa bab yang bersangkut paut? contoh, kalau Sejarah.
Perasan tak 'bab ni terang faktor peperangan, bab ni pulak kesan peperangan'..
'bab ini tentang sebelum semasa selepas perang di negeri ini, pastu di negeri lain plak' .
Kalau gamak perasan, boleh gabung.
Buat la bentuk jadual ke, peta i-Think ke, mind map, tree map ke.


    • Subjek mengira/formula : yang ni lagi la..perasan tak beberapa bab guna formula yang sama? macam Differentiation, Integration, Quadratic Equation, and so on~~~
Hah, tak ke guna formula yang sama?
Syarat bila wat nota bab mengira ni.
Pertama, tulis formula.
Kedua, tulis format kira. Misalnya, statistic kena ingat apa keperluan/pengiraan bagi mod min median.

  • ·         Kemudian, kumpul2 la nota2 tu. Kalau rajin, suh kawan buat subjek lain pastu pakat lawan fotostat. Hah, ini kaedah yang kitorang buat kat matrikulasi.
Atie buat kimia, Yusuf buat math kot, Hairi buat fizik kalau tak salah.
Apa yang penting??? KERJASAMA~

Free taw dapat ilmu, dapat pahala, selagi ilmu tu kita gunakan dan berguna kepada orang lain, selagi tu pahala kita berjalan. 

Memang nampak macam tak berguna pun buat nota ni. Atie pun macam tu. Atie kan jenis last minute study. What do you expect?? hahaha..pang sedas!!

Tapi bila last2 minit baru nak study, tetiba "eh, atie dah terbuat nota dah la. Haaa, macam ni la yang atie susun cara nak tulis formula tu"
Tak ke rasa macam dapat NUR pun ada, TAUFIQ pun ada, HIDAYAH pun ada?
atie minat naruto. sekian.
 
Ok, sebenarnya ada 4 syarat menempah kejayaan. Tapi atie terangkan satu dulu. Nanti tulis banyak2, pakat muntah hijau. Hahahaha..
Maka next time eh..
 
~Renung-renungkan dan selamat beramal~


Adioossssssss.

Salam sayang, 


14 July 2014

KEPERLUAN BERPRAKTIKAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nama saya atieyy minho dan saya berpraktikum TODAY!

YE...TAK TIPU..JUJUR.. SAYA DAH UMUR 22 TAHUN LA!! *sory emo cket. abg isyam suka pggil atie budak. hahaha.

alhamdulillah...awal2 pening jap tetibe dapat sekolah lain, bukan sekolah yg diminta. Memang jenuh la kalau dok sekolah lain.

second, pening2 lalat jap sebab tak jumpa2 umah sewa. Kitorang yakni WANA dan princesscuteatieyyminho *muntah segera* memang kalau nak mudah nak cari rumah sewa yang fully furnished (jap gi iollz citer).

third, pening2 nyamuk nak gi tempat praktikum, yakni KUANTAN dengan sape. Dah la xde lesen, kalau tak memang aku bawak jugak kereta myvi umi sampai pahang. tak kisahlah abah ke nak ikut skli, yg penting smpai kuantan.

forth, haaaa yg ni paling lawak. tahap lawak sampai atie tak tido lena nak pikir macam mana nak jumpa pengetua esok. Tapi memang redha je apa jadi esok. sebab orang nama atieyy minho ni memang suka buat benda rare sampai org ingat sampai mati *tak sukaaaaaa!*

atieyyminho tak bawak nametag -_-' a'ah. name tag. yang kaler hitam tulisan putih tu. yang cikgu wajib pakai tu. ye, yang tu lah. jangan tanya lagi. alkisahnya esok, gua pakai nametag teman sekatil, wana. takut!

ok..itu pengenalan. post kali ini atie nak gitau lah keperluan, atau peringatan untuk yang bakal2 berpraktikum memandangkan gua pun bakal stat masuk sekolah esok. *excited!*

1. Pastikan PULAMI (Pusat Latihan Mengajar Dan Industri) telah approved anda ke sekolah yang diminta.


Alhamdulillah, pulami dengan baik hatinya telah approved sekolah yang atie minta walaupun ada masalah pada awalnya. nak nanges2 call en. hafiz. TQ ENCIK HAFIZ! hehehe. sekolah pun dah dapat makluman berapa orang guru bakal berpraktikum ke sekolah, jadi bila dah sure korang dapat berpraktikal di situ, boleh tarik nafas lega... fuuuuuuhhhhhhhhh..

2. Pastikan anda print borang lapor diri ke sekolah yang terkini.


ye sebab nya atie dah print awal sebab risaukan nk cari kedai printing semua. last2 minute baru nama pensyarah masuk dalam surat terkini, sebelum ni kosong je ruang tu. so, peringatan untuk yang bakal berpraktikum, check the latest one taw.

3. RUMAH SEWA
bukan rumah kami..hahaha

-Bagi kitorang, kitorang nak cari rumah sewa yang fully furnished yakni ada katil, almari, peti ais, mesin basuh contohnya. Rumah sewa yang kitorang dapat ni, sebenarnya untuk homestay. Tapi atas jasa baik tuan rumah, kitorang dapat sewa. 

Memang ada yang lebih murah macam rm500 sebulan. tapi rumah kosong. memang kena beli tilam, dapur, periuk, pinggan etc semua. so, pikir2 balik mahal balik jugak. dah la nak stay kejap je. jadi RM 1+++ jugak la sewa sebulan. But alhamdulillah..termasuk bil air, api, astro semua. Dengan aircond penyejuk jiwa, dengan pinggan mangkuk periuk belanga tersedia, puas hati! jujur.

-Pastikan persekitaran rumah selamat. Depan rumah kitorang de taman permainan kanak. Taska pun ramai. Rumah taman kan. Jadi selamat sebab makcik sebelah rumah pun memang raya, sini lah kampung beliau. Maka, selamat sebab ade jiran boleh tengok tengokan rumah.

4. KENDERAAN

hok ni tak yah citer kot. tengok, kalau ada kawan yang bawak kereta ke motor ke, tak pun awak sendiri yang bawak, yes, boleh sayang awak sewa kawasan yang jauh cket dari sekolah.

Tapi kalau semua tak de, 1st choise, tanya ade asrama tak sekolah tu? boleh apply jadi pembantu warden ke.

2nd choice, kalau ade kuaters guru, boleh tanya ade yang kosong tak.

3rd choice, pilih perumahan atau perkampungan yang dekat dengan sekolah. Mean kita at least boleh jalan kaki sepuluh minit ok le tu. Boleh excercise tanpa rela dan sihat. Mana tau, ade jadi kesayangan anak murid, nanti student tolong bawak beg.

5. BUKU RPH, NAMETAG (-_-'), ALAT TULIS


ok, buku rancangan memang bapakseriusgilerkalaukautinggal. Jujur, buku RPH yakni Rancangan Pengajaran Harian ni, kalau tinggal memang nak kena lah. abis tu nak tulis dalam mana oi!!

name tag tu, aku rasa sejarah sampai pencen aku akan ingat. aku boleh kan pergi tinggal kat perlis nun permai! Pastu aku bertolak ke KL, umah abah ari khamis pagi. sampai je senang lenang then teringat benda tu ari jumaat petang time nak solat jumaat!

time memang ase macam disastergiler. jujur. mood nak praktikum mmg hilang teruss zoom kebaboom. asyik ingat nametag je. sampai la bila dah masuk umah sewa, then wana cakap pakai jela wana punya nametag. benda ngokngek, tapi time tu pikir, xpe lah, nak buat macam mana, kalau kena marah pun, mmg adik dh pos, smpai isnin petang. kat bandar pun mnta tolong kawan tempahkan. takpe, biar banyak. bertahun kan nak berkhidmat sebagai guru nanti.

hari ni pun, jenguk peti surat, pakcik pos laju bagi selip je. amboi. ase macam adik gua post nametag je. pun xleh letak dalam peti surat!!! ioollz geram *sakitperut penyebab geram utama* dah kena berlakon lagi hari rabu ni.

alat tulis...hmmm...ok, jadi cikgu memang lah kena bawak pen semua, jadi takde masalah kot kan? kan? kan?

6. Jaga diri, Jaga solat, Jaga akhlak.

yang ini paling penting, as cikgu, bakal cikgu, as MUKMIN mesti kena jaga. ini je penguat kita taw! jaga diri sebagai seorang wanita hamboih..sebagai lelaki jugak..igt lelaki selamat sangat sekarang! jaga akhlak. dah cikgu kan sayang?? ^___^

jaga solat..ye..kita nak mengajar anak didik, perlu mengajar diri kita dulu. kalau tiang tak teguh, manakan bisa bangunan kukuh. betol x? banyak kerja macam mana pun, solat perlu. awal waktu lagi terbaik.

cukup2 la..banyak sangat nih. sekian

Salam sayang, atieyyminho

21 February 2014

Baktisiswa Perdana SUPERB!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Huaaaaaarrrrggghhhh!!! nak nanges..
Ri tu cket punya panjang atie mengarang post pasal tajuk kali ni dalam microsoft words..
sakit hatinya bila post demikian lupa nak save lantas termasuk dusbin
dan denga lagha' nya cek 'empty' kan dusbin tersebut..
*marah kat diri sendiri..huh!!*

Kali ini wajibul ghunnah lepas tulis perlu publish teroih..
Pada 13-16 februari yang lalu, KAMI warga2 yang terlebih sayang KZ merangkap MMKZ dan CO MHTKZ pergi baktisiswa di Felda Sungai Tengi. Sapa tau felda tu kat mana put your hand up?? Yes, ULU SELANGOR.


lawatan ke ladang kelapa sawit..ok budak paling depan tudung ungu paling jakun jumpa kelapa sawit -__-"

Jadi di saat warga2 universiti kalut kemas2 barang, wat drama sebab nak balik UPSI,
kami warga yang dah terpaksa rela lepaskan family lebih awai, 
pergi menemui keluarga angkat.
Buat insan pertama kali join baktisiswa, totally superb upanya program ni.
Nak ucap banyak2 terima kasih pada mak abah yang sudi jamu layan kerenah anak yang lone ranger kat kolej ni.
BEST!! Makan sedap2, tidur sedap2+aircond(ehemmmm), ronda motor pun sedapbukan berdua, bertiga lagi nek motor..dah jadi pekan vietnam kata ami.
*xdak pulak gmbar nek motor*

Keberadaan kami kat umah mak, dapat makan beraneka jenis lauk. 
Sayur cendawan+taugeh organik..
tahap organik yang da kat kampung hanyalah pokok limau purut, limau nipis dan daun kari ja tepi rumah..tak tipuu..sangat jakun terasa kenal taugeh spesis nih..
tapi mak masak, SUPERB!! Hawa tambah banyak kali..hahaha

Pastu, Rendang burung wak-wak..
yang ni jakun kuasa dua..spesis burung yang atie kenal hanyalah ayam..
jadi bila di tanya macam mana nak makan burung..
"macam makan ayam spesis kecik???"
-__-"
apapun, rendang tu sangat sedap..
konklusi : makan kat rumah meskipun telur goreng + kicap tetap sedap

Pastu2, abah belanja sate..asalnya nak beli 12 cucuk ja..sebab bawak pun RM 10.00
tetiba nampak abah, lalu abah belanja 50 cucuk..
sengih sampai ke telinga sebab dibelanja..
tambah2 hawa sebab dia yang ngidam. hahaha..

Tambahan lagi, kami juga da slot kunjungan muhibbah 
yang mana kita melawat ke rumah2 insan yang kurang bernasib baik...
sambil tu kita bawakan sumbangan dari Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri + semangat/motivasi/senyuman mesra mahasiswa UPSI..
seronok bila kita dapat bawakkan hiburan pada mereka..
tanpa kita sedar, mungkin hanya dengan kehadiran kita, 
sudah buat mereka punya harapan untuk terus hidup.. ^_^

Tak ketinggalan, slot malamkebudayaan di mana setiap kolej kediaman melakukan persembahan diiringi karoke warga kampung yang supporting (hewhew..)
Perlawanan futsal bola tampar bola jaring jugak membuat kitorg riuh..
selaku pasukan sorak upsi, "u.p.c u.p.c.. UPSI 2x"
terasa jugak nak pegang pom pom..
Gotong royong dari menyakar daun2 kering, mengecat pintu pagar, divider, 
hinggalah mengecat tudung dan seluar sendiri (tu meline..hahaha)



Last but not least, kes bersiang ikan haruan..
Memang haru betoi..atie mmg surrender bab siang ikan yang x mati2 lagi..
tak sanggup gue nak mati kan beliau di tangan sendiri..  TT.TT
So, tugas atie cuci ikan. Tak pernah jumpa ikan haruan, tak pernah bersiang lak tu,
tak sangka ikan ni rupanya susah no nak buang insang..
dalam hati masing2, "nanti kalau dah kawin, suami nak makan ikan ni, 
'abang bersiang la sendiri..'" 
-___-'



Terima kasih mak abah sebab sudi terima kami..
sedih dengar mak cakap rumah sunyi takde kitorang..
musim buah kalau tak ade aral, kami pergi lagi..
nak petik buah manggis belakang rumah^_^ lalalala~

gambar mak abah..tak sempat nak bluetooth gmbar kami sekeluarga dari kawan :(

Mak terima kasih masak sedap2..
Abah terima kasih sudi bercerita macam2, belanja sate, bagi goddies bag lagi..
Kirim salam buat adik yang pemalu..
Take care mak abah adik..InsyaaAllah da rezeki kita jumpa lagi :)


"Chance might come twice, but experience come once"

nak lebih gambar??
cc : Unit Media Kolej Za'ba
FB perseorangan, Maziah Sabri , Amanina Yusoff , Zhafran Zaid

*********
Selamat Hari Lahir ^_^ ke 23 *brjaya ditangkap setelah berusaha 
melarikan diri bersama muiz sebelum itu*


Love,
atieyy minho