27 January 2014

Suasana itu

Masih terdengar
Ayam berkokok, unggas bersahutan

Bunyi motor silih berganti
Lambaian anak ke sekolah
Pelukan suam milik ayah
Dingin pagi sunyi sepi
Bau kari pembuka selera
Ikan goreng jadi rebutan
Sibuk bonda menyediakan santapan
Sahutan anak telah pulang
Gelak tawa si anak kecil
Menenangkan jiwa di waktu petang
Lalu berkejaran di waktu senja
Seruan bonda pulang ke rumah
Menghirup udara di waktu malam
Merasai dinginnya angin bertiupan
Lantas aku pejamkan mata
Menggamit memori lama
Ku buka mata dan senyum gembira

Aku masih di kampung
Tenang masih seperti dulu kala

26 January 2014

Wanita gagah perkasa

Wajahnya tenang
matanya tertutup rapat
dia.. aku selimutkan

dadanya berombak perlahan
kedutan wajah jelas kelihatan
itu lah dia,
saban kali berikan ciuman

tangannya kasar menggalas beban
rambutnya pula kian beruban

dia ibuku, wanita biasa
punya jiwa gagah perkasa

secawan segelas sepinggan

secawan cappuccino
secawan kopi
segelas latte low fat milk
segelas teh O ais
sepinggan spaghetti bolognese
sepinggan nasi goreng ikan masin

citarasa kita berbeza
kerana kita berbeza
kerana kau yang aku cinta