14 July 2014

KEPERLUAN BERPRAKTIKAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nama saya atieyy minho dan saya berpraktikum TODAY!

YE...TAK TIPU..JUJUR.. SAYA DAH UMUR 22 TAHUN LA!! *sory emo cket. abg isyam suka pggil atie budak. hahaha.

alhamdulillah...awal2 pening jap tetibe dapat sekolah lain, bukan sekolah yg diminta. Memang jenuh la kalau dok sekolah lain.

second, pening2 lalat jap sebab tak jumpa2 umah sewa. Kitorang yakni WANA dan princesscuteatieyyminho *muntah segera* memang kalau nak mudah nak cari rumah sewa yang fully furnished (jap gi iollz citer).

third, pening2 nyamuk nak gi tempat praktikum, yakni KUANTAN dengan sape. Dah la xde lesen, kalau tak memang aku bawak jugak kereta myvi umi sampai pahang. tak kisahlah abah ke nak ikut skli, yg penting smpai kuantan.

forth, haaaa yg ni paling lawak. tahap lawak sampai atie tak tido lena nak pikir macam mana nak jumpa pengetua esok. Tapi memang redha je apa jadi esok. sebab orang nama atieyy minho ni memang suka buat benda rare sampai org ingat sampai mati *tak sukaaaaaa!*

atieyyminho tak bawak nametag -_-' a'ah. name tag. yang kaler hitam tulisan putih tu. yang cikgu wajib pakai tu. ye, yang tu lah. jangan tanya lagi. alkisahnya esok, gua pakai nametag teman sekatil, wana. takut!

ok..itu pengenalan. post kali ini atie nak gitau lah keperluan, atau peringatan untuk yang bakal2 berpraktikum memandangkan gua pun bakal stat masuk sekolah esok. *excited!*

1. Pastikan PULAMI (Pusat Latihan Mengajar Dan Industri) telah approved anda ke sekolah yang diminta.


Alhamdulillah, pulami dengan baik hatinya telah approved sekolah yang atie minta walaupun ada masalah pada awalnya. nak nanges2 call en. hafiz. TQ ENCIK HAFIZ! hehehe. sekolah pun dah dapat makluman berapa orang guru bakal berpraktikum ke sekolah, jadi bila dah sure korang dapat berpraktikal di situ, boleh tarik nafas lega... fuuuuuuhhhhhhhhh..

2. Pastikan anda print borang lapor diri ke sekolah yang terkini.


ye sebab nya atie dah print awal sebab risaukan nk cari kedai printing semua. last2 minute baru nama pensyarah masuk dalam surat terkini, sebelum ni kosong je ruang tu. so, peringatan untuk yang bakal berpraktikum, check the latest one taw.

3. RUMAH SEWA
bukan rumah kami..hahaha

-Bagi kitorang, kitorang nak cari rumah sewa yang fully furnished yakni ada katil, almari, peti ais, mesin basuh contohnya. Rumah sewa yang kitorang dapat ni, sebenarnya untuk homestay. Tapi atas jasa baik tuan rumah, kitorang dapat sewa. 

Memang ada yang lebih murah macam rm500 sebulan. tapi rumah kosong. memang kena beli tilam, dapur, periuk, pinggan etc semua. so, pikir2 balik mahal balik jugak. dah la nak stay kejap je. jadi RM 1+++ jugak la sewa sebulan. But alhamdulillah..termasuk bil air, api, astro semua. Dengan aircond penyejuk jiwa, dengan pinggan mangkuk periuk belanga tersedia, puas hati! jujur.

-Pastikan persekitaran rumah selamat. Depan rumah kitorang de taman permainan kanak. Taska pun ramai. Rumah taman kan. Jadi selamat sebab makcik sebelah rumah pun memang raya, sini lah kampung beliau. Maka, selamat sebab ade jiran boleh tengok tengokan rumah.

4. KENDERAAN

hok ni tak yah citer kot. tengok, kalau ada kawan yang bawak kereta ke motor ke, tak pun awak sendiri yang bawak, yes, boleh sayang awak sewa kawasan yang jauh cket dari sekolah.

Tapi kalau semua tak de, 1st choise, tanya ade asrama tak sekolah tu? boleh apply jadi pembantu warden ke.

2nd choice, kalau ade kuaters guru, boleh tanya ade yang kosong tak.

3rd choice, pilih perumahan atau perkampungan yang dekat dengan sekolah. Mean kita at least boleh jalan kaki sepuluh minit ok le tu. Boleh excercise tanpa rela dan sihat. Mana tau, ade jadi kesayangan anak murid, nanti student tolong bawak beg.

5. BUKU RPH, NAMETAG (-_-'), ALAT TULIS


ok, buku rancangan memang bapakseriusgilerkalaukautinggal. Jujur, buku RPH yakni Rancangan Pengajaran Harian ni, kalau tinggal memang nak kena lah. abis tu nak tulis dalam mana oi!!

name tag tu, aku rasa sejarah sampai pencen aku akan ingat. aku boleh kan pergi tinggal kat perlis nun permai! Pastu aku bertolak ke KL, umah abah ari khamis pagi. sampai je senang lenang then teringat benda tu ari jumaat petang time nak solat jumaat!

time memang ase macam disastergiler. jujur. mood nak praktikum mmg hilang teruss zoom kebaboom. asyik ingat nametag je. sampai la bila dah masuk umah sewa, then wana cakap pakai jela wana punya nametag. benda ngokngek, tapi time tu pikir, xpe lah, nak buat macam mana, kalau kena marah pun, mmg adik dh pos, smpai isnin petang. kat bandar pun mnta tolong kawan tempahkan. takpe, biar banyak. bertahun kan nak berkhidmat sebagai guru nanti.

hari ni pun, jenguk peti surat, pakcik pos laju bagi selip je. amboi. ase macam adik gua post nametag je. pun xleh letak dalam peti surat!!! ioollz geram *sakitperut penyebab geram utama* dah kena berlakon lagi hari rabu ni.

alat tulis...hmmm...ok, jadi cikgu memang lah kena bawak pen semua, jadi takde masalah kot kan? kan? kan?

6. Jaga diri, Jaga solat, Jaga akhlak.

yang ini paling penting, as cikgu, bakal cikgu, as MUKMIN mesti kena jaga. ini je penguat kita taw! jaga diri sebagai seorang wanita hamboih..sebagai lelaki jugak..igt lelaki selamat sangat sekarang! jaga akhlak. dah cikgu kan sayang?? ^___^

jaga solat..ye..kita nak mengajar anak didik, perlu mengajar diri kita dulu. kalau tiang tak teguh, manakan bisa bangunan kukuh. betol x? banyak kerja macam mana pun, solat perlu. awal waktu lagi terbaik.

cukup2 la..banyak sangat nih. sekian

Salam sayang, atieyyminho