27 October 2014

Rahsia menempah kejayaan, PART 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sesejak budak atieyy minho ni, berpraktikum! Banyak sangat gamaknya benda yang tak dapat update. Jujur, sibuk sesangat.

Sekarang terasa lapang sikit sebab anak-anak murid ada final examination. 
Ye, boleh gitau tak cikgu mana yang lapang dada bila anak murid exam?!

Dulu time jadi student, boleh la cakap cikgu tak pe tak exam. 
Bila dah cikgu cikgi, oh cenggini asanya anak murid nak exam.




Terasa risau jika anak murid tak dapat jawab, maknanya cikgu tak pandai mengajar.
Hui!!!! Janganlah ya Allah, sungguh nak bagi anak-anak murid faham ni. 
Bukan ape, kalau kita rasa diri dah berjaya, 
nak anak murid lagi berjaya.



Memandangkan sekarang musim peperiksaan, dan pelajar universiti pun bakal mengahadapi peperiksaan *abaikan typo, malas nak delete, maka di sini,
saya selaku Cik Atieyy belum puan lagi, mencadangkan beberapa tips yang boleh diamalkan sebulan sebelum peperiksaan.. hahahhaa.
kalau seminggu macam, tak logik sangat!

1. USAHA
-sebulan sebelum exam, atie suka buat nota.

cara-caranya : 
  • Setiap bab, baca sekali imbas tajuk2 kecik a.k.a subtopic dia. 
  • Pastu setiap subtopic tulis pada sticky notes. (sekeping sticky notes satu tajuk kecik taw!)
  • Pastu kita pun main tampal2 kat dinding yang macam kosong dan berkilat tu kan.
  • Pastu cuba tengok betul2 setiap subtopic tu.

    • Subjek bahasa/perlu banyak membaca : rasa-rasanya, ada tak beberapa bab yang bersangkut paut? contoh, kalau Sejarah.
Perasan tak 'bab ni terang faktor peperangan, bab ni pulak kesan peperangan'..
'bab ini tentang sebelum semasa selepas perang di negeri ini, pastu di negeri lain plak' .
Kalau gamak perasan, boleh gabung.
Buat la bentuk jadual ke, peta i-Think ke, mind map, tree map ke.


    • Subjek mengira/formula : yang ni lagi la..perasan tak beberapa bab guna formula yang sama? macam Differentiation, Integration, Quadratic Equation, and so on~~~
Hah, tak ke guna formula yang sama?
Syarat bila wat nota bab mengira ni.
Pertama, tulis formula.
Kedua, tulis format kira. Misalnya, statistic kena ingat apa keperluan/pengiraan bagi mod min median.

  • ·         Kemudian, kumpul2 la nota2 tu. Kalau rajin, suh kawan buat subjek lain pastu pakat lawan fotostat. Hah, ini kaedah yang kitorang buat kat matrikulasi.
Atie buat kimia, Yusuf buat math kot, Hairi buat fizik kalau tak salah.
Apa yang penting??? KERJASAMA~

Free taw dapat ilmu, dapat pahala, selagi ilmu tu kita gunakan dan berguna kepada orang lain, selagi tu pahala kita berjalan. 

Memang nampak macam tak berguna pun buat nota ni. Atie pun macam tu. Atie kan jenis last minute study. What do you expect?? hahaha..pang sedas!!

Tapi bila last2 minit baru nak study, tetiba "eh, atie dah terbuat nota dah la. Haaa, macam ni la yang atie susun cara nak tulis formula tu"
Tak ke rasa macam dapat NUR pun ada, TAUFIQ pun ada, HIDAYAH pun ada?
atie minat naruto. sekian.
 
Ok, sebenarnya ada 4 syarat menempah kejayaan. Tapi atie terangkan satu dulu. Nanti tulis banyak2, pakat muntah hijau. Hahahaha..
Maka next time eh..
 
~Renung-renungkan dan selamat beramal~


Adioossssssss.

Salam sayang,