27 August 2015

KERANA AKU ANAK CIKGU

Assalamualaikum...dan HAI. hahahahaha
Tajuk aku kemain. 
Selepas berhempas pulas kat tempat kerja ni, curi masa nak update blog sendiri.
Dok kat umah memang takdan nak update sebab dah balik pun 7.30p.m. 
Kadang2 lajak sampai 8 p.m, 
So probability nak buat 100%. yang dibuat tu 0%.
Nampak, biar berani bermimpi namanya!!!! 
(persis angan2 mat jenin namanya atie. atie : " -_-' ")


Malas nak konflik ngan diri. 
Makanya, tajuk KERANA AKU ANAK GURU
muncul kes aku lunch kat sebuah kedai di kawasan Arau, Perlis bernama Singgah Rasa. and yes, atie bukan setakat singgah rasa minum makan tengok orang 
sekali smuanya aku buat.

Ohya, i dont have any partner at my workplace, 
so dont expect me eating berdua dengan anybody. 
hahahahaha.

I saw a mother of two kids, sekolah rendah asanya. 
Mom, seorang cikgu skolah kot. 
Alah, tengok gayanya pun kita tau cikgu2 ni. 
Then a mother of 3kids. 
Abg, kakak, adik sedang makan sambil mak dia pun makan. 
Mak pun cikgu sekolah. 

Then, this is my story....

Mak atie cikgu sekolah. 
Yup, 
yang dikatakan pekerjaan paling mudah, 
paling sesuai untuk kaum wanita yang berkeluarga. 
Bila mak meeting, 
atie, adik, kawan2, 
main lah segala mak nenek dengan anak cikgu yang lain. 
Kawan2 lain semua dah balik. 
Tinggallah anak cikgu yang ikut waktu pejabat mak dia.

Lunch? 
Orang lain makan kat rumah, 
kami makan kat kantin. 

Dinner? 
Balik sekolah, kadang pukul 5petang. 
(Pi sekolah puku 6.45 pagi-mengalahkan orang dok pejabat ja --'). 
Kalau rajin, mak masak. 
Kalau tak, mak memang bungkus lauk siap2 kat kantin tadi, 
pastu balik perangat ja (sila baca panaskan).

Dalam mak dok sibuk dengan nak tolong murid dia, 
kami anak cikgu sentiasa kena peringat 
(ampa tu anak cikgu. jaga sikit perangai. belajar elok2) 
gitu lah nasihat dia. 
semua anak cikgu kompem kena nasihat begini. 
Sebab walau apa pun jadi, anak cikgu nama paling top sekali. 
Hak tu la kayu ukur. 
Tak pandai, kena maki ngan kawan lain. 
Kalau pandai, kadang kena cop belagak. 
Buat jahat, sekali ngan nama cikgu2 sekali naik.

Atie tak pasti atie dah matang ke x waktu tu. 
Tapi trust me, 
atie memang tak buat nakal waktu sekolah. 
Bukan budak rajin baca buku pun, 
cuma darah nakal tu terpaksa dikawal. 
'Aku anak cikgu. Aku kena jadi contoh'
Kalau hang nak tau, tak sampai hati kot,
nak buat perangai.
Mak balik pun penat ngan perangai anak murid dia, 
HANG NAK TAMBAH LAGI??!!!!
*emo sat*

Anak cikgu ni, kadang mak dia pun xdan nak tengok. 
Yalah, anak kat sekolah lagi nak kena tengok. 
Tapi, time murid lain yang diambil berat, 
anak cikgu kena sedaq, dia kena behave. 

Kebanyakan anak cikgu ikut jejak mak ayah dia. 
Biarpun orang cakap cikgu ni lekeh, keja senang, 
dia yang membesaq, dia faham. 

Pesanan atie *tetiba*, walau apa pun pekerjaan, 
setiapnya membawa amanah. 
Jangan pernah jadikan kerja guru satu profession 
semata2 nak mudahkan hidup.
Sebab kesan dia, nampak pada anak murid dia. 

Risiko jurutera, bangunan yang dibina mungkin runtuh. Ramai orang mati.
Risiko doktor, pesakit mungkin tidak dapat diselamatkan. Pun orang mati.
Sebab tu gaji dia tinggi, sebab tanggungjawabnya amat berat.

Risiko guru?
MURIDNYA MUSNAH. 
ANAK KEPADA ANAK MURIDNYA MUSNAH. 
BANGSANYA MUSNAH. 
NEGARANYA MUSNAH.
Memandangkan itu risiko dan tanggungjawab guru, mohon fahami.

*******************************************************************************************

Wahai anak, biarlah bapa mu seorang menteri, 
dan engkau memberontak kerana tiada masa untukmu, 
cikgu pasti akan memikirkan nasibmu, membantu kamu. 
Kami, anak cikgu terkadang korbankan rasa kami demi kamu, 
agar kamu menjadi lebih baik.
Dont you ever feel it?

Wahai ibu bapa, janganlah kerana kamu sibuk, 
kamu abaikan anak dan meletakkan spenuhnya pada seorang guru. 
Sedangkan keluarnya sebelum matahari terbit, 
tidurnya juga setelah larut malam. 
Dont you ever think about it?

Wahai guru, andai kau tidak ikhlas mnjadi guru, 
mohon fikirkan demi anak murid mu.
 Apakah kau menjadi lebih ikhlas, atau kau tukar ja pekerjaan lain? 
Kau mampu menjawab di akhirat seandainya diungkit amanah mu?
Can you answer it?

*************************************************************************************************
Aku bukan nak mengungkit, membela, menyalahkan sesiapa.
Cuma dak atie nak peringat,
hang ingat anak cikgu senang?
hang ingat anak cikgu semua benda tersedia?
hang ingat sebab hang anak orang kaya,
cikgu teguq cket hang nak mengadu?
sebab family masalah, 
hang bajet cikgu takdak masalah macam hang?
dan sebab hang bukan anak cikgu,
hang boleh buat kuang ajaq ngan cikgu ??
-----INI TEGURAN KERAS.
KOT LA TAK TERIMA TEGURAN LEMBUT SOFTLAN KAT ATAS-------

ok bai. 
eh tak.
saya doakan pembaca post ini menjadi anak yang soleh solehah.
ibu bapa yang soleh solehah.
guru yang soleh solehah dan amanah.
anda, sayang mak ayah kan? tolong....jangan bagi mereka sedih ya :)

16 April 2015

E.P.H.Y.R.A -Cantik Sihat Bertenaga ewaaaaahhhh!! hahaha

Assalamualaikum...
dalam ralik dok buat assignment,
baru sedar diri ada berjanji kekhononnya nak citer feedback 
lepas makan EPHYRA.
Tapi berminggu berlalu gua asa kan????
ok sekarang nak tunaikan..janji mesti tunaikan ya idok?

Ini duta EPHYRA - Abg Norman & Kak Memey
(macam ramah betoi panggil abang kak..hahahaha)


Atie starting tengok review ephyra ni lepas tengok 
blog Yuyu Zulaikha pasal produk ni.
Pastu tengok Heliza Helmi pun makan.
Pastu gigih pulak dia baca review orang lain pasal produk nih.
Then kuar bilik,nampak my ami Deel Hashim 
pulak guna produk nih.
Siap review face to face tau.

cehh...kegigihan lam nyata yang tak pernah dapat 
even time buat assignment..
BOOOOOOOO diri sendiri 
--'

Atie adalh bangsa paling tak konsisten dalam mengambil supplement tambahan.
Bagi gua, makan ulam ulaman adalah cara penyihatan paling nyata.
hahahahhaa.
iya, betollah, awek mudakan makan ulam...
Tapi, kalau dah era globalilasi menuntut tenaga 
selewat jam 3 pagi, selama 25 jam sehari
KO ASA ?????

Yes, thats why pentingnya mengambil supplement yang bukan sahaja mencantikkan kulit, 
(ehem..seluruh tubuh okeh bukan muka ja *ayat gedik.abaikan)
menyihatkan tubuh badan,
paling penting memberikan tenaga!!!
haiyaaaaak!!!



Ohya, antara kesan yang atie dapat
kulit atie yang kering ni, dah x terlalu kering jika dibandingkan dgn sebelum pengambilan ephyra

Masalah PMS juga dah banyak pengurangan 
Ini sangat sesuai especially yang alami senggugut teruk

Paling best kelesuan lah, kalau sem ni atie banyak gila tido 
sebab mmg kurang bertenaga dengan kerja semua...
alhamdulillah sekarang much better...
xde lah siang tido dari kul 2.30 smpai kul 5.30 ke..
ini walaupun jarang2 minum taw, kalau rajin??? haaaa...
hahahaha...

ohya kulit jugak lebih cerah daripada dulu... 
tapi still xleh upload gambaq sebab burn balik pangkor...
hahahha

Kandungan EPHYRA ni :
Kolagen ikan laut dalam
Acai beri
Gam akasia
Salmon Plasenta
Astaxanthin
Serbuk tomato
Acerolla ceri
Marigold Bunga ekstrak
Superberi

(pernah dengar nama2 bahan ni semua??)
kalau acai beri atie pernah dengaq.
marigold to pun thanks to marigold peel fresh je lah pernah dengar 
--'
 

jadi untuk penerangan lanjut, better kita baca sendiri dari pamplet yg memang disertakan dengan setiap order..






Thanks to Cik Lisa, from i get this product.
ini antara product yang atie sarankan.
Bak kata EPHYRA, kalau nak cantik sihat bertenaga,
this product is ALL IN ONE.



adios, nak siap2 gi kelas. nyempaat je tulis.



11 March 2015

"apakah perasaan atie berdepan semester 8?"

Assalamualaikum...
aku adalah BANGSA PENIPU BERHABUK!!!!
*emo kejap.
sory, nampak bapak tok wan ngah cik habuk melekat kat blog asa macam..

"bukan ko blogger ke atie?"
"bukan patutnya sekurangnya paling tersangat sikit pun,
ko tulis HYE HYE, K BAI ke??"

banyak sangat benda nak cerita especially pasal praktikum.
Tapi mostly mungkin kisah Semester 8 yang terkini??
Yes, right now I'm Officially Final Year + Final Sem Student.
presenting the one and only 
~ATIEYYMINHO~

muka mintak penampar. hahahaha
abaikan caption kalau takmau gangsterisme berleluasa
gara-gara tamparan pada muka individu di atas.
*ok lawak kesian. ha...ha.

apakah perasaan atie berdepan semester 8?
honestly, cuba merasai yang terbaik.
there were some situation that push us 
(i mean me and my whole batchmate)
trying to be as sincere as possible since we want to study.
But then this one class make us miserable,
not just for the whole day of Monday, but me it's for the whole week.

Seriously, till now I'm trying to be focus.
Atie rasa setiap orang ada point dalam hidupnya 
yang memaksa dia ke tahap 
ko tak boleh nangis bukan sebab tak sedih, 
tapi kerana penat/kecewa/etc.

Time ni, tengok balik pada diri. Apa yang diri akan buat.

Nak berjalan-jalan, duduk tepi tasik, tepi tingkap bangunan ke,
tengok alam ciptaan Tuhan.

Berjoging, senamrobik, gi gym ke,
keluarkan peluh.

Borak dengan kawan, hangout bersama-sama,
spend time dengan mak ayah
sembang perihal jatuh duduk yang tak terbangun.

Dengar alunan muzik yang tenang,

Tulis diari dan menangis moga2 kuat kembali,

dan 

tak kisah la walau apa pun kita buat,
kita masih punya Allah,
kita mohon kekuatan.

Buatlah apa pun asal tidak menyalahi syarak.
(mohon jangan ke disko. bahaya tempat ni)
kerana kekadang, kita sudah sampai limit kesabaran, ketabahan seorang manusia.
satu yang atie pesan pada diri yang sekali jatuh payah bangun,
kau akan kuat kembali
Tuhan tahu, kau akan kuat kembali :)