27 August 2015

KERANA AKU ANAK CIKGU

Assalamualaikum...dan HAI. hahahahaha
Tajuk aku kemain. 
Selepas berhempas pulas kat tempat kerja ni, curi masa nak update blog sendiri.
Dok kat umah memang takdan nak update sebab dah balik pun 7.30p.m. 
Kadang2 lajak sampai 8 p.m, 
So probability nak buat 100%. yang dibuat tu 0%.
Nampak, biar berani bermimpi namanya!!!! 
(persis angan2 mat jenin namanya atie. atie : " -_-' ")


Malas nak konflik ngan diri. 
Makanya, tajuk KERANA AKU ANAK GURU
muncul kes aku lunch kat sebuah kedai di kawasan Arau, Perlis bernama Singgah Rasa. and yes, atie bukan setakat singgah rasa minum makan tengok orang 
sekali smuanya aku buat.

Ohya, i dont have any partner at my workplace, 
so dont expect me eating berdua dengan anybody. 
hahahahaha.

I saw a mother of two kids, sekolah rendah asanya. 
Mom, seorang cikgu skolah kot. 
Alah, tengok gayanya pun kita tau cikgu2 ni. 
Then a mother of 3kids. 
Abg, kakak, adik sedang makan sambil mak dia pun makan. 
Mak pun cikgu sekolah. 

Then, this is my story....

Mak atie cikgu sekolah. 
Yup, 
yang dikatakan pekerjaan paling mudah, 
paling sesuai untuk kaum wanita yang berkeluarga. 
Bila mak meeting, 
atie, adik, kawan2, 
main lah segala mak nenek dengan anak cikgu yang lain. 
Kawan2 lain semua dah balik. 
Tinggallah anak cikgu yang ikut waktu pejabat mak dia.

Lunch? 
Orang lain makan kat rumah, 
kami makan kat kantin. 

Dinner? 
Balik sekolah, kadang pukul 5petang. 
(Pi sekolah puku 6.45 pagi-mengalahkan orang dok pejabat ja --'). 
Kalau rajin, mak masak. 
Kalau tak, mak memang bungkus lauk siap2 kat kantin tadi, 
pastu balik perangat ja (sila baca panaskan).

Dalam mak dok sibuk dengan nak tolong murid dia, 
kami anak cikgu sentiasa kena peringat 
(ampa tu anak cikgu. jaga sikit perangai. belajar elok2) 
gitu lah nasihat dia. 
semua anak cikgu kompem kena nasihat begini. 
Sebab walau apa pun jadi, anak cikgu nama paling top sekali. 
Hak tu la kayu ukur. 
Tak pandai, kena maki ngan kawan lain. 
Kalau pandai, kadang kena cop belagak. 
Buat jahat, sekali ngan nama cikgu2 sekali naik.

Atie tak pasti atie dah matang ke x waktu tu. 
Tapi trust me, 
atie memang tak buat nakal waktu sekolah. 
Bukan budak rajin baca buku pun, 
cuma darah nakal tu terpaksa dikawal. 
'Aku anak cikgu. Aku kena jadi contoh'
Kalau hang nak tau, tak sampai hati kot,
nak buat perangai.
Mak balik pun penat ngan perangai anak murid dia, 
HANG NAK TAMBAH LAGI??!!!!
*emo sat*

Anak cikgu ni, kadang mak dia pun xdan nak tengok. 
Yalah, anak kat sekolah lagi nak kena tengok. 
Tapi, time murid lain yang diambil berat, 
anak cikgu kena sedaq, dia kena behave. 

Kebanyakan anak cikgu ikut jejak mak ayah dia. 
Biarpun orang cakap cikgu ni lekeh, keja senang, 
dia yang membesaq, dia faham. 

Pesanan atie *tetiba*, walau apa pun pekerjaan, 
setiapnya membawa amanah. 
Jangan pernah jadikan kerja guru satu profession 
semata2 nak mudahkan hidup.
Sebab kesan dia, nampak pada anak murid dia. 

Risiko jurutera, bangunan yang dibina mungkin runtuh. Ramai orang mati.
Risiko doktor, pesakit mungkin tidak dapat diselamatkan. Pun orang mati.
Sebab tu gaji dia tinggi, sebab tanggungjawabnya amat berat.

Risiko guru?
MURIDNYA MUSNAH. 
ANAK KEPADA ANAK MURIDNYA MUSNAH. 
BANGSANYA MUSNAH. 
NEGARANYA MUSNAH.
Memandangkan itu risiko dan tanggungjawab guru, mohon fahami.

*******************************************************************************************

Wahai anak, biarlah bapa mu seorang menteri, 
dan engkau memberontak kerana tiada masa untukmu, 
cikgu pasti akan memikirkan nasibmu, membantu kamu. 
Kami, anak cikgu terkadang korbankan rasa kami demi kamu, 
agar kamu menjadi lebih baik.
Dont you ever feel it?

Wahai ibu bapa, janganlah kerana kamu sibuk, 
kamu abaikan anak dan meletakkan spenuhnya pada seorang guru. 
Sedangkan keluarnya sebelum matahari terbit, 
tidurnya juga setelah larut malam. 
Dont you ever think about it?

Wahai guru, andai kau tidak ikhlas mnjadi guru, 
mohon fikirkan demi anak murid mu.
 Apakah kau menjadi lebih ikhlas, atau kau tukar ja pekerjaan lain? 
Kau mampu menjawab di akhirat seandainya diungkit amanah mu?
Can you answer it?

*************************************************************************************************
Aku bukan nak mengungkit, membela, menyalahkan sesiapa.
Cuma dak atie nak peringat,
hang ingat anak cikgu senang?
hang ingat anak cikgu semua benda tersedia?
hang ingat sebab hang anak orang kaya,
cikgu teguq cket hang nak mengadu?
sebab family masalah, 
hang bajet cikgu takdak masalah macam hang?
dan sebab hang bukan anak cikgu,
hang boleh buat kuang ajaq ngan cikgu ??
-----INI TEGURAN KERAS.
KOT LA TAK TERIMA TEGURAN LEMBUT SOFTLAN KAT ATAS-------

ok bai. 
eh tak.
saya doakan pembaca post ini menjadi anak yang soleh solehah.
ibu bapa yang soleh solehah.
guru yang soleh solehah dan amanah.
anda, sayang mak ayah kan? tolong....jangan bagi mereka sedih ya :)

No comments:

Post a Comment