31 July 2017

Day 1: Menyumbang kepada ekonomi negara melalui pengangkutan awam😀

Assalamualaikum w.b.t..
Sila tepiskan habuk yang sentiasa tebal di blog ini untuk paparan lebih jelas.
😅

Just few stories by one of our gang, G.M.P 
(Gagasan Mahasiswa Puteri aka Geng Minyak Petrol, 
don't ask me birth of the name.
It has its own history, i'm not in those moment,
i'm perfectly could tell the whole story 😂)

Day 1: Menyumbang kepada ekonomi negara melalui pengangkutan awam😀

Pada hari tertentu (hahahaha, secret for special reason
atie menggerakkan jiwa ke Sungai Long.
Melawat family di sana.

MRT laluan baru Sg. Buloh-Kajang dijalankan sepenuhnya pada 17 Julai 2017.
Kalau sebelum ni, atie turun di Stesen KTM Serdang, 
dan hampir 30 minit dari rumah tanpa kesesakan lalu lintas dilaporkan,
sesejak MRT dibuka, ada la satu stesen yang memanglah dekat dengan rumah. 

Eh stesen ni best tau, ada car park besar and banyak. 
Makanya kalau nak pi mana2 nak naik MRT, 
park je kereta kat sini dan kita enjoy 😂😂.

Oooooookeh.
Tapi bukan itu kisah utamanya.
Kisahnya, atie naik bas dan turun di TBS.

Bagaimana dari TBS nak ke segala laluan di MRT ?
Inilah laluan terbaru MRT ye anak anak.

Nak mudah, kita ke KL Sentral.
Tapi MRT ni taklah tulis KL SENTRAL.
Dia tulis stesen Muzium Negara.
Hang cari KL Sentral, MRT ni pi patah balik pun x jumpa2.

Jadi dari TBS ---> KL SENTRAL : by komuter opkos.
Jalan kat jejantas terbesar TBS tu, jumpa KLIA Ekspress.
Bukan yang tu, SEBELAH DIA.
Bukan sebelah lagi, tu LRT 😅.

CukCakCukCak naik komuter sampai la KL Sentral.

Okeh, sekarang DIMANA MRT?

Boleh tanya kaunter pertanyaan.
Dia akan tunjuk satu laluan yg ada bunting depan laluan berbunyi
"Ke MRT Muzium Negara"

Aku syak x bunyi sedemikian rupa,
tapi cenggitu lah maknanya.
Jadi jalan jalan jalan turun naik escalator sampai Stesen Muzium Negara.
(doaku moga tiada yang tak berfungsi sebab banyak nak oiii escalatornya.
aku syak laluan ni boleh cipta rekod 
terowong dengan escalator terbanyak di Malaysia)

Bagus tau, jalan2 ni. Kita tengok semua orang jalan pantas.
Asa macam dok Jepun kejap. 
Banyak berjalan sihat tubuh badan.

Bila sampai ja 
Huii!!! feel dy up-to-date sangat style platform dia tau.
i loike.

MRT ni tak susah pun nak tunggu.
Selang 4/5 minit memang ada.
Cepat pantas efisyen.
Bagi atie, ketepatan dia tiba tu yang penting.
Ini yang mendapat banyak bintang dari atie. 

Masuk2 ja, memang LUAS dalaman dia.
Which is bagus sebab boleh memuatkan lebih ramai rakyat.
Tak kisahlah warganegara, bumiputera mahupun pelancong,
semua selfie 
Instag stories 
WhatsApp status
Live Update pun ada.
Belum masuk part laluan lencongan tu, 
serupa roller coaster je asa.

Tetiba jumpa video seram naik roller coaster



In 30 minutes, we arrived at our destination.




Kesimpulannya, untuk menaiki MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, 
kita hanya perlu ke stesen utama KL Sentral (Muzium Negara).

Untuk menukar laluan,boleh tukar di Stesen Tun Razak Exchange untuk 
Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

Walaupun atie banyak merapu dari memberi input, 
eh ada jugaklah kot sikit input untuk diterima.
Terima kasih sudi baca!!!
esok plak sambung 
Day 2 :
Escape to Tenggaroh??

hahahahahha.
Assalamualaikum 😍